Wednesday, 30 May 2018
Tahap kebersihan di bazar Ramadan di negeri ini sangat memuaskan apabila sebahagian besar peniaga mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, kesemua 2,091 daripada 4,246 gerai di bazar Ramadan seluruh negeri yang diperiksa setakat ini mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Katanya, beliau sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan yang diamalkan oleh semua peniaga di bazar Ramadan.
"Sebagai contoh, hasil tinjauan saya di bazar Ramadan Batu Burok yang mempunyai 249 gerai ini mendapati rata-rata pengendali makanan menjaga tahap kebersihan gerai, cara pengendalian makanan dan pengendali itu sendiri berada di tahap yang amat memuaskan dengan mengambil suntikan yang disyaratkan dan sebagainya.
"Berniaga memang dituntut oleh Islam dan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W tetapi kita hendaklah memastikan kepentingan pelanggan menjadi keutamaan dengan menjaga aspek-aspek seperti kebersihan, kualiti makanan yang dijual dan sebagainya agar pelanggan berpuas hati," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Operasi Bersepadu Bazar Ramadan Batu Burok, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar.
Katanya, beliau juga mengharapkan pemantauan tahap kebersihan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa agar perkara yang tidak diingini sperti keracunan makanan tidak berlaku di negeri ini. - teganukita.net
Related Posts:
Dungun Boleh Menang Jika Tiada 'Cah Keting'-PM Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan keyakinan tinggi bahawa Terengganu akan terus dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) berdasarkan perkembangan semasa dan kerja kuat dalam k… Read More
Kerajaan Tidak Hirau Asakkan Pembangkang Najib menekan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa) di Pekan Baru, Kuala Besut. foto Harish Fadzillah Kasim Kerajaan Barisan Nasional … Read More
Mandat Rakyat Perlu Untuk Pastikan Projek Pembangunan Dapat Dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang bagi memastikan projek pembangunan dan kemajuan untuk rakyat dapat terus dilaksanakan. Perdana Menteri, … Read More
Status PPR Padang Hiliran Dan Bukit Nanas Jadi Sewa Beli Jika BN Menang Kerajaan negeri akan menawarkan sistem sewa beli bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan Bukit Nanas, Kuala Nerus, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parli… Read More
PM Lawat Keluarga Miskin Di Dungun Pasangan suami isteri Hamdan Ismail, 45, dan Kuliati Mudrikan, 39, dari Kampung Limbong, Paka bertuah apabila menerima kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kira-kira 2.50 petang tadi.Dalam kunju… Read More