Kerajaan negeri telah mengagihkan Kad Siswa Generasi Terengganu (Kad Gen-T) kepada 40,000 pelajar universiti yang terdiri daripada anak-anak Terengganu dan berdaftar dengan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kad Gen-T yang berkonsepkan e-wallet itu memberi pelbagai manfaat kepada pelajar khususnya pemotongan harga istimewa di premis yang berdaftar sebagai rakan niaga bagi perlaksanaan kad ini.
Menurut beliau, buat permulaan kad berkenaan boleh digunakan di premis-premis seperti Chicken Cottage, T-Kitchen, Primula Beach Hotel, Duyung Marina & Resort, Kedai Buku Banggol dan beberapa lagi rakan niaga Kad Gen-T yang menawarkan diskaun antara lima hingga 50 peratus.
Katanya, fungsi Kad Gen-T akan diperluaskan dari semasa ke semasa termasuk mengadakan lebih banyak kerjasama dengan rakan strategik yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada pelajar.
‘Kerajaan negeri sebagai jambatan untuk menghubungkan kepada mana-mana syarikat melakukan tanggungjawab sosial korporat mereka.
‘Kita akan perluaskan lagi fungsi kad ini dengan bekerjasama dengan syarikat yang berminat kerana ini adalah salah satu cara kerajaan negeri untuk bantu pelajar," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kad Siswa Generasi Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri A. Latiff Awang, Naib Cancelor UMT Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dan Pengarah Yayasan Terengganu Ishamudin Hashim.
Menurut Ahmad Razif, setakat ini kerajaan negeri bekerjasama dengan 15 syarikat untuk perlaksanaan Kad Gen-T. - teganukita.net
Wednesday, 2 May 2018
Related Posts:
Kuota 10 Peratus Rumah Untuk Belia Bujang Terengganu menetapkan 10 peratus kuota setiap projek perumahan kerajaan diberikan kepada golongan belia yang belum berkahwin di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mam… Read More
Jadikan Ilmu Sebagai Matlamat Kehidupan - Sultan Terengganu Sultan Mizan ketika bertitah dalam Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Arena Merdeka, Dungun. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan … Read More
Program Bakti Siswa Dekatkan Mahasiswa Bersama Masyarakat Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan Sesi 2016/2017 Universiti Sultan Zainal Abdidin (UniSZA) Kuala Terengganu menganjurkan Prog ram Bakti Siswa di Kampung Kuala Telemong untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan … Read More
Program Jejak Intelektual Dokumentasi Kejayaan Anak Terengganu Ghazali (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia Terengganu sempena pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini, di Auditorium TerengganuFm, hari ini. Foto oleh Harish Fad… Read More
Mohamad Hafas, Nor Jannah, Johan Tilawah Al- Quran Jannah dan Hafas bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada April ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Mohamad Hafas Ali dari Marang dan Nor Jannah… Read More