Wednesday, 25 April 2018
-
April 25, 2018
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN , UTAMA
Oleh : Ezzuan Ahmad
Penduduk di Daerah Dungun bakal menikmati pendidikan serta latihan vokasianal ( TVET ) apabila Kolej Komuniti Cawangan Dungun beroperasi selewat-lewatnya September ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pembukaan kolej ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran vokasional, ianya akan memberikan manfaat kepada penduduk setempat juga.
"Kehebatan Kolej Komuniti adalah memberi peluang kepada penduduk tanpa mengira umur untuk mempelajari dan mendapatkan kemahiran yang ingin dimiliki.
"Peluang yang diberikan ini adalah secara tidak langsung akan membuka peluang kepada penduduk untuk menambahkan rezeki mereka berdasarkan kepada kemahiran yang dipelajari mereka,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kolej Kominiti Cawangan Dungun di Bandar Al Muktafi Bilah Shah, Dungun, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan calon Barisan Nasional Parlimen Dungun, Dato Din Adam.
Sebanyak empat kolej komuniti telah beroperasi di Terengganu iaitu di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Setiu.
Kolej Komuniti Cawangan Dungun merupakan kolej yang ke lima di Negeri Terengganu yang menawarkan kursus sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan serta beberapa program yang berkaitan bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0. - teganukita.net
Related Posts:
MB Nasihat Berhati-hati Pulang Beraya Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menasihati supaya anak-anak Terengganu di perantauan berhati-hati ketika pemanduan sepanjang perjalanan untuk pulang beraya di kampung halaman sempena menyambut Aid… Read More
Abdul Khalid Dilantik Jadi Penasihat Ekonomi Terengganu Dr Samsuri bermesra dengan guru khidmat masyarakat. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri menawarkan jawatan penasihat ekonomi Terengganu kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd… Read More
RM418,500 Disalur Kepada 670 Mahasiswa Kemaman, Dungun Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Kemaman dan Dungun menerima bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) berjumlah RM418,500 bagi melanjutkan pengajian di Peringkat Asasi dan Diploma sesi kemasukan 2018-2019.Pengerusi… Read More
Terengganu Belanja RM1.5 Juta Untuk 2,404 Pelajar Ke IPT Sebahagian pelajar yang menerima bantuan persediaan kemasukan ke IPT. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan men… Read More
4,966 Saman Op Selamat Dalam Tempoh Empat Hari Sebanyak 4966 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di negeri ini oleh Polis Kontinjen Terengganu dalam tempoh empat hari sejak Ops Selamat 13/2018 dilancarkan. Ketua Polis negeri, Dato’ Aidi Ismail berkata, saman… Read More