Monday 16 April 2018

Zahid (tengah) bersama barisan kepimpinan negeri ketika lawatan ke Hulu Terengganu sempena perasmian Jentera Pilihan Raya Hulu Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Rakyat di Hulu Terengganu menerima berita gembira sempena lawatan kerja sehari Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Ahmad Zahid telah mengumumkan pembinaan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu yang baharu bernilai RM150 juta bagi menggantikan bangunan yang sedia ada.

Naib Presiden UMNO itu juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi pembinaan sebuah masjid baharu di kampung Pasir Dula, Hulu Telemong dan sebuah pusat komuniti di Kampung Teris, Hulu Telemong yang bernilai RM250,000.


"Saya juga berjanji apabila BN terus diberi mandat untuk memerintah dan jika parlimen  Hulu Terengganu memberi kemenangan besar 5-0...permohonan dewan besar untuk kemudahan dan keselesaan penduduk juga akan dilaksanakan.

"Oleh itu Hulu Terengganu mesti bekerja keras untuk kekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada dan rampas kembali kerusi DUN Manir supaya kita kekal di bawah panji-panji Barisan Nasional" katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu  dan Manifesto Tambahan BN Terengganu di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan isteri To'  Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari, Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO negeri.

Tambah Zahid lagi, apa jua yang berlaku apabila pengumuman calon, semua pihak perlu akur kerana itu adalah keputusan muktamad pucuk pimpinan yang harus diterima oleh semua pihak. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan