Monday, 5 March 2018

Tengku Putera menerangkan kepada pengunjung untuk membolehkan mereka memenangi hadiah cabutan bertuah pada Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Sambutan Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus menyaksikan lebih 40,000 pengunjung hadir memenuhi tapak ekspo tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, sambutan bagi hari pertama sangat luar biasa.

Katanya, walaupun hanya hampir 10,000 pengunjung yang berdaftar kerana terdapat sedikit kekurangan, namun angka tersebut tidak termasuk mereka yang datang untuk menyaksikan sendiri keunikan ekspo tersebut.


"Kita mempunyai sedikit kekurangan untuk hari pertama dari segi penerangan yang dilakukan serta pendaftaran.

"Namun demikian, ianya akan segera ditambah baik bagi memudahkan pengunjung yang hadir ke ekspo ini," katanya kepada Teganukita.

Dijangkakan, sepanjang tujuh hari ekspo tersebut berlangsung, lebih 400,000 pengunjung akan membanjiri perkarangan kompleks sukan itu.

Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung di tapak ekspo itu termasuk lebih 100 gerai jualan turut disediakan di situ. -
teganukita.net

Related Posts:

  • YDSM, Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan Jalin Kerjasama Sultan Mizan ( tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara YDSM yang diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong manakala Dinas Pendidikan Provinsi … Read More
  • RM411 Ribu Bantu Penanam Kenaf Setiu Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan … Read More
  • KKMM Turun Padang Selami Jiwa Penduduk Pulau Redang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengadakan Program Menghubung dan Menyatukan (CTU) di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. Program dua hari berakhir Sabtu lalu, merupakan inisiatif baharu dalam usaha t… Read More
  • 15 Veteran ATM Dianugerah Pingat PSSB Khidmat bakti anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sama ada ketika berkhidmat dalam pasukan dan selepas bersara tetap dihargai dan dikenang oleh pelbagai pihak yang sentiasa perihatin terhadap golongan berkenaan. Pe… Read More
  • RM5,000 Untuk Kelab Belia Seluruh Terengganu Kerajaan negeri memperuntukkan RM5,000 setahun kepada persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu yang aktif bagi menjalankan aktviti masing-masing untuk manfaat ahli. Pengerusi Persatuan Kelab-Ke… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
12:19 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan