Maimunah menunjukkan produk jualannya di tapak Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Mysisme, jenama produk warga Terengganu yang sudah `terbang' melangkaui ribuan batu dalam mempromosi hasil Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan, kini makin melebarkan sayap peniagaan dengan mendapat bantuan sepenuhnya kerajaan negeri.
Produk buah rotan diusahakan usahawan dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu itu sudah menjelajah hampir lima buah negara termasuk Singapura, Jepun, Australia, Indonesia dan Filipina selain berjaya mempromosinya sebagai makanan unik dari Terengganu.
Pengarah Syarikatnya, Maimunah Yusof berkata, dia mula berniaga sejak 1985 dengan menghasilkan buah rotan dan makanan ringan lain termasuk kerepek di rumahnya dengan bantuan anak-anak serta mampu menjana pendapatan bulanan antara RM6,000 hingga RM8,000 sebulan.
"Makcik selalu menyertai ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan bermula dari sini, perniagaan mula berkembang maju malah pendapatan pun meningkat dari biasa hasil kepelbagaian produk dan bukan terhad kepada buah rotan semata-mata.
"Pelbagai bantuan diperolehi termasuk daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara)yang menyumbangkan sticker produk, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) membantu dari segi pelabelan.
"Ini termasuk Jabatan Pertanian yang memberi peruntukkan sebanyak RM35,000 bagi membina
bengkel serta membeli peralatan.Terbaru mak cik dapat dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), sebuah mesin menghasilkan buah rotan bernilai RM13,000," katanya ketika ditemui di gerai jualannya di tapak Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.
Tambah Maimunah lagi, penganjuran ekspo oleh kerajaan negeri banyak membantu pengusaha-pengusaha kecil sepertinya bagi mempromosi dan melariskan jualan.
"Macam hari ni, makcik boleh dapat RM6,000 sehingga jam 3.00 petang tadi dan RM2,000 pada hari pertama ekspo.
"Memang bersyukur dengan penganjuran program seperti ini dan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman kerana telah berjaya menaikkan taraf ekonomi penduduk tempatan,"katanya. - teganukita.net