Sunday, 4 February 2018

Khairul Nizam menyampaikan kunci rumah imam kepada imam surau tersebut di Surau Kampung Balik Bukit, Dungun.  Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.

Atas dasar Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) membina sebuah rumah imam di Surau Kampung Balik Bukit, Seberang Pintasan, Dungun dan menambahbaik surau berkenaan melalui program 'Way of Naqiya 2.0'.

Naib Presiden, Khairul Nizam Khalid Mirza yang mewakili Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, program tersebut adalah kesinambungan daripada inisiatif yang pernah dijalankan pada tahun lalu.

Katanya, untuk 'Way of Naqiya 1.0', aktiviti pembersihan dan penambahbaikan Madrasah al-Hidayah di Batu Buruk, Kuala Terengganu telah dilakukan pada tahun lalu.

"Rumah yang dibina di surau ini adalah bagi menempatkan imam selain memberi tempat untuk mereka bermalam semasa mengadakan ceramah-ceramah keagamaan di sini.

"Selaras dengan apa yang diaspirasikan oleh Terengganu Inc iaitu 'Memanfaatkan Pelaburan Untuk Rakyat' program ini diadakan untuk memberi sokongan selain membantu komuniti setempat dalam mempelajari ilmu agama," katanya kepada Teganukita.


Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah dalam Program 'Way of Naqiya 2.0' di Surau Kampung Balik Bukit, Dungun, hari ini.

Turut hadir,  Naib Presiden Komunikasi Strategik, Suridah Supian.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi surau tersebut, Mazlan Tawang berkata, sumbangan yang disalurkan oleh pihak Terengganu Inc amat bermakna dalam menyiapkan rumah imam itu.

"Bagi pihak ahli jawatankuasa surau dan penduduk setempat amat terharu kerana telah memilih kawasan ini untuk progam CSR Terengganu Inc.

"Dengan adanya rumah untuk imam ini, ianya memudahkan mereka untuk bermalam di sini kerana kebanyakan imam yang hadir adalah dari kawasan luar," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Lemang Valley Jadi Tumpuan Sepanjang Ramadan, Syawal 'Wilayah Lemang (Lemang Valley) di Kijal menjadi tumpuan pembeli dari dalam dan luar Kemaman.Apabila menyebut makanan tradisional Lemang, pasti ada yang terbayangkan kesedapan beras pulut yang dimasak di dalam buluh dan dib… Read More
  • Badan Korporat Perlu Contohi Petronas Alias                                         Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat dan badan korporat&n… Read More
  • Projek Jagung Bijian Kampung Dadong Diteruskan Alias Kerajaan negeri akan meneruskan Projek Perintis Penanaman Jagung Bijian yang diilhamkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek di Kampung Dadong, Ayer Puteh, Kemaman.Ahli … Read More
  • TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017 Ahli-ahli lembaga pengarah bersama Wan Nawawi (dua dari kanan) menunjukkan buku laporan tahunan TDM Berhad .Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kumpulan TDM Berhad kembali mencatatkan perkembangan positif dengan merek… Read More
  • Cari Pahala Di Bazar Ramadan Hampir seminggu umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Bermakna, kira-kira seminggu juga para peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh daerah mencari rezeki menjual juadah berb… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
4:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan