Sunday, 4 February 2018


Gerbang Galeri Pelancongan yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus bakal diberi nafas baru bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif  Abd Rahman berkata, pihak kerajaan negeri sedang merancang untuk menambah baik Gerbang Galeri Pelancongan sedia ada untuk dijadikan restoran berkonsepkan kapal terbang.

Katanya, anak syarikat Kerajaan Negeri, T-Kitchen akan ditempatkan di bahagian bawah kawasan itu bagi mengetengahkan produk makanan tradisional Terengganu.

"Kita akan lakukan pengubahsuaian di bahagian bawah dan akan wujudkan suasana seperti di dalam kapal terbang.

"Jadi sesiapa yang makan di T-Kitchen itu nanti akan terasa seperti berada di dalam kapal terbang selain turut mewujudkan pandu lalu di restoran tersebut," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Pelaksanaan Projek Jalan Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Dato’ Seri Jebasingam Issace John.

Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata, Kerajaan negeri telah menerima cadangan dari syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, Air Asia untuk menambah penerbangan terus dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu

Katanya, buat masa sekarang penerbangan tersebut hanya tiga kali seminggu dan Air Asia bercadang ditambah kepada enam kali seminggu. - teganukite.net

Related Posts:

  • Snek Dan Minuman Percuma Di R&R Perasing Mulai Esok Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan mengagihkan snek dan minuman panas secara percuma kepada orang ramai yang singgah di Hentian Rehat dan Rawat ( R&R) Perasing, Kemaman selama sebulan, … Read More
  • TIPCO 2017 Bakal Promosi Terengganu Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam TIPCO 2017 bersama dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di Quinara Al-Safir, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku I… Read More
  • 700 Kapal Layar Singgah Di Terengganu Ahmad Faisal bersama pelayar yang singgah di Kuala Terengganu dirai dalam satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Lebih 700 kapal layar membabitkan hampir 1,500 pelayar luar ne… Read More
  • Nasi Dagang Terengganu Bakal Tembusi Australia Ahmad Razif turut turun padang mempromosikan Nasi Dagang Sejuk Beku kepada pengusaha-pengusaha makanan di Australia ketika lawatan kerajaan negeri ke Perth baru-baru ini. Nasi dagang sejuk beku keluaran T-Kitchen, sebuah a… Read More
  • Kuala Berang Ecofest 2.0 Promosi Tarikan Sungai Kodok Kuala Berang Ecofest 2.0 berjaya menggamit kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang menyertai pelbagai aktiviti sekali gus  mempromosikan Sungai Kodok, Kampung Langgar sebagai destinasi tumpuan pengunjung terbaharu di Hu… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:00 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan