Slogan “Cara Lama Dimensi Baharu” cetusan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman agar menerapkan transformasi dan inovasi dalam setiap perkara kini dipraktikkan pula dalam penerbitan akhbar Suara Transformasi bermula Februari 2018.
Akhbar Suara Transformasi 2018 menampilkan ciri baharu apabila pembaca kini dapat melihat video melalui telefon bimbit hanya dengan mengimbas kod QR pada berita terpilih dalam akhbar tersebut.
Ciri ini diperkenalkan bagi memberikan kelainan kepada pembaca agar berita yang disampaikan adalah berkualiti dan padat dengan informasi beserta paparan video.
Pembaca terlebih dahulu perlu memastikan telefon bimbit dilengkapi dengan aplikasi pengimbas kod QR sebelum dapat menggunakan ciri baharu ini. Aplikasi pengimbas kod QR ini boleh dimuat turun dari Google Playstore atau AppStore.
Akhbar Suara Transformasi adalah akhbar lapan muka surat keluaran Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang telah diberi nafas baharu oleh peneraju utama unit itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat.
Akhbar interaktif Suara Transformasi yang menggabungkan konsep teknologi digital dalam penerbitannya bukan sahaja menawarkan kepuasan, malah turut menghargai pembaca dengan menyediakan hadiah bulanan berupa telefon bimbit kepada yang bertuah. -terengganu.news
MB Hadiahkan Plat TN50 Untuk PM
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran plat 'TN50' kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.“Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri yang membawa …Read More
TDM Berhad Perluas Rezab Tanah Sawit
TDM Berhad telah Memeterai Kepala Perjanjian (HOA) dengan Terengganu Incorporated Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan 42.64 peratus di dalam Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat…Read More
Terengganu Berhasrat Gabungkan GLC Teras Perniagaan Sama
Ahmad Razif (kanan) melihat dokumen yang disampikan Mohamat sempena pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) di Permai Hotel Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkipli CW Putra
Kerajaan negeri berhasrat menggab…Read More
Pasar Besar Dungun Akan Ditambah Baik
Ahmad Razif mendengar dan mencatat masalah diadukan peniaga Pasar Besar Dungun ketika kunjungan beliau ke premis perniagaan itu, pagi ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
Pasar Besar Dungun bakal diberi nafas baharu bagi …Read More
Terengganu Mahu Bangunkan Universiti Sukan Pertama Negara
Ahmad Razif bersama Khairy bergambar dengan sebahagian peserta Dialog TN50 Zon Pantai Timur, di UiTM Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
Terengganu berhasrat menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut u…Read More