Sunday, 25 February 2018

Johari bersama sebahagian Ajk Pemuda UMNO Bahagian dan DUN Manir membaca doa ketika melawat seorang pesakit yang uzur di Manir.

Program Gegar Orang Muda (GODA) Bahagian Hulu Terengganu menjadi salah satu platform bagi mendekati orang muda bagi menjaga kebajikan masyarakat setempat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Johari Abu Bakar berkata program tersebut adalah kesinambungan program-program yang diadakan sebelum ini di seluruh negeri.

"kita bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN)Manir dengan menziarahi sebelas buah rumah yang mana melibatkan 10 buah kampung dan taman perumahan dan akan diteruskan di DUN-DUN lain selepas ini.

"Antara objektif GODA ialah kita berpeluang mendekati rakyat yang mengalami masalah kesihatan (uzur) dan juga ziarah kasih pemuda UMNO sekitarnya...dengan pendekatan yang lama tidak di lupa dan sentiasa dalam ingatan," katanya ketika dihubungi.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Dun Manir, Yusof Awang Hitam, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Dun Manir dan ketua-ketua pemuda dun.

Dalam pada program tersebut Johari turut menyampaikan sumbangan asas dapur dan juga sedikit sumbangan peribadi kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Tambah Johari yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu, program-program yang diatur ini tidak berkaitan dengan musim pilihanraya seperti yang pihak pembangkang dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pemuda UMNO dalam mendekati masyarakat setempat.

"Kita sentiasa bergerak mengikut keperluan...yang perlu dibantu kita hulurkan bantuan meringankan beban dan ini bukan merupakan gimik politik semata-mata tapi merupakan perjuangan kami semua demi kepentingan bersama, "katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Zakat Terkumpul Maidam RM27 Juta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima pungutan zakat berjumlah RM27,067,335.49 sepanjang empat bulan pertama tahun ini. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya… Read More
  • 1MDB Belanja Lebih RM57 Juta Hantar 5,711 Orang Tunai Ibadah Haji Yayasan 1Malaysia Deve­lopment Bhd (1MDB) melalui Program Khas Haji Perdana Menteri membelanjakan hampir RM57 juta bagi menghantar seramai 5,711 orang bagi menunaikan ibadah haji sejak program itu diperkenalkan tujuh tahun… Read More
  • 3,000 Anak Perantau DUN Pengkalan Berangan Dirai Seramai 3,000 anak perantau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan diraikan dalam Sambutan Hari Raya Perantau di Kediaman ADUN Pengkalan Berangan, malam tadi.A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa… Read More
  • Tukun Tiruan Tingkat Pendapatan Nelayan Usaha Jabatan Perikanan bekerjasama dengan Petronas bagi melabuhkan tukun tiruan dari pelantar minyak yang dilupuskan menerusi projek Rig To Reef (R2R) di Pulau Kapas, Marang bukan sahaja dapat memulih dan memperkayakan su… Read More
  • Galak Ibu Tunggal Ceburi Bidang Keusahawanan Golongan ibu tunggal di negeri ini perlu berani untuk menceburi bidang keusahawanan dalam usaha mengubah nasib keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wan… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
2:57 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74654
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan