Wednesday, 7 February 2018

Anak-anak peserta Felcra bergambar bersama -sama Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik selepas majlis penyerahan barangan persekolahan hari ini

Felcra Berhad (Felcra)melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) buat julung kali memperuntukkan  RM1.12 juta bantuan persekolahan melibatkan 3,201 penerima di enam lokasi di Terengganu.

Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik berkata, penerima yang terpilih merupakan anak peserta Felcra, anak kakitangan serta penduduk berhampiran kawasan operasi Felcra. 

Katanya, bantuan bernilai RM350 satu keluarga tersebut adalah bertujuan untuk meringankan beban isi rumah di samping memastikan keselesaan pelajar-pelajar melalui sesi persekolahan yang sedang berjalan.

"Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kelengkapan persekolahan iaitu pakaian sekolah, beg sekolah, kasut, stoking, buku latihan dan peralatan tulis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra Berhad di Dewan Perkampungan Felcra Berhad Kawasan Bukit Kapah di Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.

Seramai 86 anak peserta Felcra Bukit Kapah menerima sumbangan barangan persekolahan dan majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.

Menurut Zulkifli lagi, bantuan tersebut turut melibatkan semua syarikat milik kerajaan (GLC) untuk turut serta menyumbang bantuan berbentuk kebajikan kepada rakyat dan rakyat dapat menikmatinya dengan sempurna. - teganukite.net

Related Posts:

  • Teruskan Aktiviti Rondaan Di Bulan Syawal Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu meminta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) meneruskan aktiviti cegah jenayah di musim perayaan termasuk pada Ramadan … Read More
  • PDRM Hanya Benarkan 10 Peratus Anggota Bercuti Sempena Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu hanya membenarkan 10 peratus  daripada keseluruhan 3,474 pegawai dan anggotanya bercuti  sempena Aidilfitri tahun ini.Ketua Polis Terengganu Dato' Aidi Ismail berkata, angg… Read More
  • Penerbangan Terus JB - Terengganu Bermula Ahmad Razif menyambut penumpang yang menaiki penerbangan pertama dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu sejurus mendarat di LTSM. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Anda dari Johor hendak ke Terengganu atau dari Terenggan… Read More
  • Tradisi Pasang Pelita Raya Terus Subur Di Padang Hangus Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan… Read More
  • MB Nafi Beri Bonus Rakyat Terengganu Ahmad Razif ketikan berbicara pada Majlis pada Majlis Jalinan Mesra Serikandi dan Puspanita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkirli C W Putra Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mena… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
12:15 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74694
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan