Thursday, 15 February 2018

Pemain Terengganu FC menunjukkan Kad Bank Debit-i Visa Terengganu FC yang mula diperkenalkan oleh Bank Islam bermula hari ini. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.

Bank Islam Malaysia Berhad memperkenalkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC dalam usahanya menyokong sukan bola sepak negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata tujuan kad tersebut diperkenalkan adalah bagi menyemarakkan lagi sokongan peminat bola sepak Terengganu terhadap pasukan-pasukan negeri.

Katanya, melalui penjenamaan bersama dengan pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan serta negeri sepanjang 2016 dan 2017, Bank Islam telah berjaya mengagihkan insentif berjumlah lebih RM9 juta kepada pasukan yang terlibat.

"Dengan setiap kad yang dikeluarkan dan diperbaharui, Bank Islam akan menyalurkan sumbangan RM2.00 kepada Terengganu FC untuk membantu meningkatkan lagi sukan bola sepak yang akan melahirkan pemain 'superstar' dan membawa nama Terengganu ke tahap lebih tinggi.

"Setakat ini, jumlah kad Debit-i Bank Islam Visa telah mencecah 3.3 juta dan angka ini akan terus meningkat lebih-lebih lagi dengan pelancaran kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC, pada hari ini" katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC 'Peteh Terengganu Peteh' di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Tambahnya, pihak Bank Islam mensasarkan 50,000 Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC akan dikeluarkan sepanjang tahun ini.

Terengganu FC merupakan kerjasama ketujuh dilakukan oleh Bank Islam. Sebelum itu, pihaknya telah melakukan kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelantan Football Association (KAFA), Pahang Football Association (PFA) , Kedah Football Association (KFA), Selangor Football Association  (FAS) dan Melaka United Soccer (MUSA).

Sementara itu, Wan Nawawi berkata inisiatif yang diambil oleh Bank Islam adalah satu perkara yang amat baik dalam membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

Katanya, dengan adanya kad tersebut ianya boleh menjadi salah satu cara promosi kepada Terengganu FC dengan terteranya logo pasukan serta tertulis 'tagline' Peteh Terengganu Peteh. - teganukite.net

Related Posts:

  • PMINT Perkenal Dream Home Di KP Perdana, Seberang Paka PMINT memperkenalkan satu pakej pembangunan istimewa `Dream Home', yang menawarkan lot banglo di kawasan perdana KP Perdana, Kuala Terengganu dan Seberang Paka, Dungun di ekspo PMINT Property Fest 2017. Ketua Pegawai Ekse… Read More
  • Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018 Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan.Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdep… Read More
  • TDM Berhad Catat Hasil Pendapatan RM428 Juta Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad R… Read More
  • Avocado Shake Asyraf Murah, Menyegarkan Mengetahui buah Avocado atau alpukat mempunyai khasiat tersendiri, seorang pemuda, Mohamad Asyraf Azizan, 23, mengambil inisiatif meniaga minuman berasaskan buah itu secara sampingan di hadapan Pusat Giat Mara Batu Buruk,… Read More
  • 1.8 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Utama Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan sejumlah 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama negeri ini  bagi memulihara sumber perikanan darat sejak 2008. Pengerusi Jawatankuasa Pertan… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:29 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan