Monday, 1 January 2018

Barisan pemain yang mewakili Ukom pada perlawanan Persahabatan Lima Penjuru.

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) muncul johan dalam Perlawanan Futsal Lima Penjuru di Gelanggang Futsal DS Sport, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Ukom yang berkongsi mata dengan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu hanya dipisahkan dengan kelebihan dua  jaringan berbanding persatuan itu.

Kapten pasukan tersebut, Rosli Ariffin berkata, kemenangan tersebut adalah hasil daripada kerjasama setiap ahli yang tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa memastikan lawan tidak menguasai permainan.

"Selain itu, ahli pasukan juga sering memberi komitmen dan fokus dalam setiap perlawanan sebelum ini," katanya.


Perlawanan itu disertai oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Jerangau, Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, dan  Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Marang.

Dalam lapan perlawanan tersebut, Ukom dan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu mendahului liga dengan 12 mata diikuti Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu (enam), Mardi Jeranganu (tiga) dan JKR Marang gagal meraih sebarang mata. - teganukite.net

Related Posts:

  • Dua Pelumba TSG Cipta Kejayaan Di Laman Sendiri Amirull mencipta sejarah apabila muncul sebagai raja bukit pertama dari Malaysia sejak LTdL dianjurkan bermula 1996. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki… Read More
  • Orang Ramai Teruja Saksi Perlumbaan LTdL Penutupan beberapa jalan utama secara berperingkat di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang membuka tirai kejohanan bermula hari ini, tidak mengha… Read More
  • Kuala Berang Jadi Venue LTdL Peringkat Pertama Kejohanan lumba basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 kembali menggegar Kuala Berang sebagai venue pelepasan peringkat pertama bagi acara pembukaan kejohanan edisi ke-22 itu, hari ini.Timbalan Menteri Komunik… Read More
  • TSG Pertaruh Pelumba Terbaik Dalam LTdL Enam pelumba TSG yang bakal memberi saingan dalam LTdL 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan harapan yang tinggi kepada pelumba-pelumbanya untuk meraih kejayaan pada Le… Read More
  • TSG Sasar Juara Peringkat Pertama LTdL Esok Anuar Manan yang mewakili TSG bakal memulakan perlumbaan LTdL bermula esok di Kuala Berang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk memenangi persaingan peringka… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:47 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan