Sunday, 7 January 2018

Yusof turut memantau keadaan di pusat rawatan beliau yang menawarkan pemeriksaan dan ubatan percuma. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.


Kecaknaan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Yusof Awang Hitam menyediakan pusat rawatan kesihatan mampu menjaga kebajikan dan memberi kemudahan kepada penduduk setempat.

Pusat Perubatan Komuniti Percuma DUN Manir yang beroperasi sejak 2008 dibangunkan sendiri oleh beliau serta rakan yang juga seorang doktor pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr Rushdan Ismail.

Yusof berkata, sejak  dibuka hampir 10 tahun lalu, pihaknya telah membelanjakan hampir RM1.2 juta bagi membiayai bekalan ubat kepada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan.

Katanya, sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat terhadap kemudahan tersebut amat memberangsangkan.

"Setakat hari ini walaupun hanya  dibuka setiap dua minggu sekali, sambutannya boleh dikatakan menggalakkan. Lebih 100 pesakit kebiasaannya hadir dalam setiap sesi rawatan percuma ini dijalankan.

"Bagi setiap sesi, hampir RM5,000 diperuntukkan. Dalam sebulan kita adakan dua sesi iaitu pada hari Sabtu bergantung kepada kelapangan doktor yang bertugas," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Program Ziarah Kasih Pok Usop Cakna bersama Pakar dan Pegawai Perubatan di Kampung Durian Mas, Manir, Kuala Nerus, hari ini.


Tambahnya, selain dari rawatan percuma yang dijalankan, pihaknya juga turut menziarahi penduduk setempat yang mengalami masalah kesihatan serta keuzuran untuk bergerak.

"Setiap dua minggu juga, kami akan turun ke kampung-kampung bersama doktor untuk ziarah penduduk yang uzur dan perlu rawatan.

"Ziarah yang dilakukan bersama doktor pakar ini pergi ke rumah penduduk yang perlu mendapatkan rawatan tidak mengira sama ada mereka menyokong ataupun tidak Kerajaan Barisan Nasional.

"Selain itu, pihak kami turut menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung seperti barangan keperluan dapur," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Ibu Bapa Perlu Lebih Beri Perhatian Kepada Anak Wan Hassan Mohd Ramli  Ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan mengambil berat tentang anak mereka walaupun ketika  di rumah. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyarankan demikian selepas menzi… Read More
  • Punca Kematian Terjerut Tali Bidai Langsir Superitenden Baharudin Abdullah Pihak polis menolak terdapatnya unsur jenayah terhadap mayat bayi berusia setahun lapan bulan, Muhammad Azhari Zul Azri yang maut selepas terjerut pada tali bidai tingkap dalam kejadian d… Read More
  • Kesedihan Ibu Insafkan Penagih Tegar Nor Amirul Aswad Linangan air mata seorang ibu berjaya melembutkan hati seorang penagih dadah tegar untuk kembali ke pangkal jalan setelah bergelumang dengan najis tersebut lebih 10 tahun.Nor Amirul Aswad Zakaria, 28, yang… Read More
  • 100 Peserta Gotong Royong Bersih Pantai Teluk Lipat Anjuran Pemuda PAS Peserta yang mengikuti gotong royong anjura  Pemuda PAS. Dewan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menganjurkan satu program gotong-royong membersihkan Pantai Teluk Lipat, semalam sebagai usaha untuk mengekalk… Read More
  • Bayi Maut Terjerut Bidai Langsir Muhammad Azhari Zul Azri Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun, petang semalam.  Dalam ke… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 26 Jun 2018
2:27 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75812
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan