Maznah (empat dari kiri) bersama dengan sebahagian pelatih TGTP di Terengganu Inc. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) terbukti membuka peluang kepada graduan khasnya anak Terengganu yang masih menganggur mendapat latihan dan kemahiran tambahan sebelum melangkah ke alam kerjaya yang lebih mencabar.
Projek perintis yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak Oktober lalu itu sudah memulakan sesi pertama pengambilan apabila seramai 275 pelatih ditempatkan di pelbagai sektor perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan bermula Disember 2017.
Di syarikat milik kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), seramai 15 peserta TGTP ditempatkan di situ.
Bagi seorang peserta, Nurul Wahidah Shamsudin, beliau amat teruja apabila diterima menyertai program julung kali dibuka kepada anak Terengganu selepas memohonnya menerusi pengiklanan dalam talian.
" Saya baru menamatkan pengajian pada Julai tahun lalu di Universiti Teknologi MARA dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Komunikasi dan Polisi dan mengetahui program tersebut melalui media sosial Facebook.
"Saya terpilih untuk menyertai program ini di Terengganu Inc. Di sini, saya ditempatkan di unit Komunikasi Strategik di mana saya belajar cara untuk menguruskan acara serta membuat kertas kerja pengurusan," katanya.

salah seorang pelatih, Syahin Ab Manaf menerima tunjuk ajar dari pekerja di Terengganu Inc.
Bagi bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah, Wan Nor Efatul Akma Wan Adnan pula, melalui program tersebut, beliau mampu menimba pengalaman baru yang belum pernah dilalui di mana-mana tempat sebelum ini.
"Saya tidak mempunyai pengalaman kerja langsung lepas tamat pengajian. Setahun saya menamatkan pengajian, saya tidak ada pengalaman bekerja langsung cuma kerja di kedai-kedai sahaja. "Jadi apabila diterima untuk panggilan temuduga saya amat gembira. Sebulan di Terengganu Inc dalam unit Modal Insan, banyak perkara baru yang dipelajari. Apa yang kita belajar dahulu tidak semestinya dapat digunakan dalam alam pekerjaan," katanya. Timbalan Presiden, Unit Modal Insan Terengganu Inc, Maznah Ibrahim berkata melalui program yang diinisiatifkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman tersebut dapat membantu menyediakan platform kepada para graduan Terengganu untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka. Katanya, latihan yang disediakan di Terengganu Inc kepada pelatih memberikan mereka peluang untuk mencuba dan mempelajari ilmu baharu di alam pekerjaan. "Di sini, kami mempunyai 15 orang pelatih. Jadi kami tempatkan mereka di beberapa unit seperti Modal Insan, Kewangan, Komunikasi Strategik, Pengurusan dan pelbagai lagi supaya para pelatih kami dapat praktikal mengikut kelayakan, minat serta potensi yang boleh digilap untuk diaplikasikan apabila keluar untuk mencari pekerjaan kelak. "Selain itu, dalam tempoh enam bulan ini, pihak pengurusan akan melihat dari segi prestasi pelatih kami dimana jika didapati ada di antara mereka yang berbakat ataupun berkelayakan, mereka akan dipertimbangkan untuk diserapkan ke dalam penjawatan yang ada," katanya. - teganukite.net |