PB Plaza, dalam lingkaran PMINT Square di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu akan memulakan operasi bermula selewat-lewatnya Februari tahun depan.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembukaan tersebut dapat menutup segala polemik berhubung operasi premis perniagaan itu sebelum ini.
Katanya, dua peneraju utama akan beroperasi di PB Plaza apabila dibuka kelak.
"PB Plaza di Terengganu bakal mempunyai Digital Mall sendiri yang akan dikendalikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Selain itu, The Store turut akan dibuka di PB Plaza tersebut yang dijangkan memulakan operasinya bermula penghujung Januari ini" katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Tahun 2017 Negeri Terengganu Darul Iman di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.
Hulu Terengganu Bakal Jadi Wilayah Ketengah
Hulu Terengganu bakal menjadi daerah pertama di Terengganu sebagai wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di bawah operasi penuh agensi itu.Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Ya…Read More
Terengganu Jadikan Ogos Bulan Memperingati Masjid Al-Aqsa
Bulan Ogos bakal dijadikan sebagai bulan memperingati Masjid Al-Aqsa peringkat negeri Terengganu mulai tahun depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemilihan Ogos merupakan simbolik kepada kebak…Read More
75 Atlet Terengganu Sahut Cabaran Sukan SEA 2017, Kuala Lumpur
Sultan Terengganu berkenan menyerahkan obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada Khairy pada Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi…Read More
Tengku Muhammad Ismail Ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah
Tengku Muhammad Ismail berkenan bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada salah seorang jemaah yang bakal mengerjakan haji. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.
Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismai…Read More