Thursday, 7 December 2017

Iskandar Jaafar

UMNO kini sedang giat melakukan transformasi bagi menarik golongan muda untuk terus menyokong parti yang kini sudah melangkaui usia 71 tahun itu.

Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, walaupun parti tersebut kini dilihat berusia namun kepimpinan sedang melakukan transformasi supaya kelihatan segar dan muda seiring dengan peredaran masa kini yang membawa inspirasi anak muda.

Katanya, golongan muda perlu memahami dan mendalami apa yang dilakukan oleh UMNO semuanya bermatlamat untuk memberi kesenangan kepada mereka pada masa akan datang.

"Melalui Transformasi Negara 50 (TN50) yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merangkumi semua aspek khususnya kepada golongan muda.

"Mereka (pemuda) perlu faham apa yang dilakukan kini bukannya sekadar retorik yang sering dimainkan oleh pembangkang. Apa yang kita buat adalah merangkumi untuk tempoh 30 tahun akan datang," katanya kepada Teganukita.

Beliau ditemui pemberita selepas ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2017 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas ucapan dasar oleh Khairy, Iskandar berkata calon-calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang perlu melibatkan golongan muda.

Walaupun demikian, calon-calon lain juga perlu memainkan peranan bagi terus menarik belia untuk terus menyokong parti itu.

"Calon untuk PRU14 nanti perlulah terdiri daripada golongan yang segar. Paling tidak 30 peratus daripadanya adalah orang muda.

"Kepimpinan juga hendaklah selari dengan apa yang diingini oleh anak muda contohnya melalui media sosial, sukan dan sebagainya yang boleh mendekatkan mereka tanpa sebarang sekatan," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • STPM 2016 Buktikan Anak Terengganu Cemerlang- A. Latiff Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu  menerima a… Read More
  • Pra Universiti Beri Peluang Kedua Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dinasihatkan agar tidak memandang rendah kepada tawaran melanjutkan pelajaran di pra universiti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pra univ… Read More
  • Terengganu Kekal Terbaik STPM 2016 Sebahagian pelajar cemerlang STPM 2016 bersorak kegembiraan selepas mendapat keputusan itu di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Terengganu mengekalkan kecemerlangan sebagai negeri… Read More
  • Dua Pelajar UniSZA Wakili Malaysia Dua pelajar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mewakili Malaysia bagi  merebut piala Louis M. Brown dalam Pertandingan Konsultansi Kliendi di  U… Read More
  • 50 Pelajar Cemerlang SPM Ditawarkan Ijazah Dalam Bidang Pesawat Seramai 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dipilih oleh Yayasan Terengganu bagi mengikuti ijazah dalam bidang pesawat yang ditaja penuh oleh ADMAL Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rah… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:13 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan