Thursday, 14 December 2017

Ir. Rosli ketika mengulas lanjut berkenaan laluan My Bus di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Sembilan laluan dikenalpasti sebagai laluan perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)  bermula  tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, sebanyak 32 buah bas disediakan termasuk lapan daripadanya adalah bas elektrik.

Katanya, sebagai perintis, perkhidmatan bas tersebut hanya akan bergerak di sekitar Kuala Terengganu.

"Laluan T101 melibatkan Kuala Terengganu-Manir-Gong Badak-Batu Rakit, Kuala Terengganu-Seberang Takir-Gong Badak-Jeti Merang (T102), Kuala Terengganu-Tepuh-Padang Maras-Batu Rakit (T103), Kuala Terengganu-Wakaf Tapai-Kuala Berang (T201) dan Kuala Terengganu-Pasir Panjang-Kg. Laut-Bukit Payung (T202).

"Seterusnya T203 akan melalui Kuala Terengganu-Panji Alam-Kedai Buluh-UCSI, Kuala Terengganu-Losong-Sg. Rengas-Rawai-Bukit Payung (T204), Kuala Terengganu-UiTM Chendering-Marang (T301) dan terakhir Kuala Terengganu City Feeder (F100)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi soalan Persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambahnya, laluan bagi bas elektrik hanya akan melibatkan laluan F100 iaitu Kuala Terengganu City Feeder.

"Laluan ini akan melalui Kuala Terengganu-Hospital Sultanah Nur Zahirah-Pantai Batu Buruk-Giant dan Mydin.

Dalam pada itu, Rosli (BN-Kemasik) berkata tambang yang bakal dikenakan bagi perkhidmatan bas tersebut dijangka lebih murah daripada perkhidmatan bas lain.

Katanya lagi, perkhidmatan bas sedia ada seperti Cas Ligas, SP Bumi dan satu syarikat daripada Besut juga turut ditawarkan untuk terlibat SBST.

"Namun penglibatan secara terperinci belum dikenalpasti. Berapa buah bas akan terlibat untuk syarikat bas lain masih tidak pasti," katanya. - teganukite.net

Related Posts:


Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:58 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan