Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan
Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyifatkan Bajet Terengganu 2018 yang bertunjangkan empat pe-tunjang utama dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak dan bukannya semata-mata apa yang kerajaan mahukan, banyak memberikan keuntungan dan kelebihan kepada rakyat.
“Dalam pembentangan bajet kali ini, kita lihat betapa seriusnya kerajaan negeri untuk menangani peningkatan kos sara hidup dalam pelbagai kaedah menerusi 20 `touchpoints’ antaranya projek infra niaga, program jaya diri 2018, Program Membantu Rakyat (PMR), Skim Dana Usahawan (SDU) (RM2 juta) dan Dana Raya melibatkan hampir RM100 juta untuk 264,294 penerima. “Sebab itu kalau jumpa sahabat kita dari negeri lain, mereka akan kata, `bertuahnya jadi rakyat Terengganu’. Kerajaan cakna dari awal..dari bayi yang baru lahir hinggalah ke akhir hayat,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2018, di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini. Menurut Tengku Zaihan, untuk pusat aktiviti warga emas, kerajaan menyediakan peruntukan RM6 juta untuk dimanfaatkan oleh 4,000 warga emas. Tambahnya, pelbagai bentuk bantuan juga disediakan untuk pembangunan belia atau anak muda di Terengganu. “Seperti kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi…InsyaAllah keharmonian dan kesentosaan hidup bermasyarakat menjadi realiti. -http: //terengganu.news - teganukite.net |
Thursday, 14 December 2017
Related Posts:
Peluang Bantu Ekonomi Keluarga - Ibu Peserta TGTP Shalia Adiela (kanan) bersama empat rakan menunjukkan surat tawaran yang diterima. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail “Terharu dan sangat bersyukur kerana anak makcik, Nurliana Atikah Awang, 25, turut terpilih… Read More
Media Diharap `Cerna' Isu Bantu Kemenangan Selesa PRU14 - Pengarah UKOM Sebahagian media yang memeriahkan program Kolaborasi UKOM-Media Massa, di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) berharap peng… Read More
Penjenamaan Baharu Pasukan Bola Sepak Terengganu Ahmad Razif bersama barisan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas Kongres Tahunan PBSNT yang berlangsung hampir dua jam di Hotel Primula. Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berse… Read More
Tangisan Gembira Iringi Kepulangan Nelayan Ditahan Di Indonesia Zaidi dan Firdaus dikelilingi keluarga masing-masing sejurus tiba di kampung halaman petang ini selepas hampir lapan bulan ditahan pihak berkuasa Indonesia. Foto oleh Zulkipli C W Putra Tangisan gembira mengiringi pembe… Read More
Darul Iman Xpress Kini Beroperasi Di Terengganu Perkhidmatan bas Darul Iman Xpress mula beroperasi di Terengganu Oktober lalu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pemilik syarikat pengangkutan bas Ekspres Perdana, Laili Ismail melebarkan rangkaian perniagaannya denga… Read More