Menteri Besar menunjukkan buku Bajet Terengganu 2018 sebelum membentangkan bajet itu di Persidangan DUN Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim
Bajet 2018 dengan tema ‘Masa Hadapan Yang Lestari’ yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman adalah berasas kepada keinginan rakyat.
Ahmad Razif berkata, intipati dan fokus bajet berkenaan berasaskan kepada bengkel yang sudah dilaksanakan bersama dengan wakil-wakil kepimpinan melibatkan semua pihak termasuk akar umbi.
Katanya, melalui bengkel tersebut kerajaan negeri dapat menganalisis tiga perkara atau isu 3P yang menjadi tuntutan ataupun keperluan penting kepada rakyat.
“Pertama sekali masalah menangani (Peningkatan) kos sara hidup. Yang kedua adalah masalah peluang `Pekerjaan' dan yang ketiga adalah masalah dari segi `Perumahan'.
“Jadi kerana itu, bajet 2018 ini ikita hasilkan bagi mengatasi isu-isu tersebut dan ditambah dengan ‘touch point’ yang berkaitan dengan pendidikan, sukan, pertanian dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.
Ahmad Razif menjelaskan, walaupun bajet yang dibentangkan pada kali ini mempunyai defisit sebanyak 10 peratus namun beliau yakin kerajaan mampu untuk melaksanakan semua projek.
“Ini bukan sesuatu yang mudah kerana sebelum ini bajet Terengganu adalah RM2.4 bilion ke atas namun namun kerana masalah dari segi pendapatan yang diterima dari hasil petroleum ini menurun jadi kita cuba merancang perbelanjaan sedaya upaya yang mungkin sekarang.
“Sepatutnya defisit kita lebih tinggi kerana kalau kita hendak meneruskan dengan bajet kita yang dulu dibandingkan yang dibuat sekarang sebanyak RM1.996 bilion dan dengan anggaran hasil kita RM1.815 bilion maka sebab itu kita hadapi 10 peratus defisit,” katanya. - teganukite.net
|
Tuesday, 12 December 2017
Related Posts:
Serikandi Gesa Orang Ramai Bantu Golongan Tidak Bernasib Baik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menggesa orang ramai supaya sentiasa turun padang bagi melihat sendiri situasi golongan yang tidak bernasib baik.Yang Dipertuanya, To’ Puan S… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018 : 5,000 Dijangka Sertai Pertandingan Memancing Tawar RM195,000 Seramai 5,000 peserta dijangka bakal memeriahkan pertandingan memancing terbesar di Pantai Timur bersempena Ekspo Terengganu 2018 'Terengganu Molek Doh' bertempat di Tasik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kual… Read More
GODA Dekati Hati Masyarakat Setempat Johari bersama sebahagian Ajk Pemuda UMNO Bahagian dan DUN Manir membaca doa ketika melawat seorang pesakit yang uzur di Manir. Program Gegar Orang Muda (GODA) Bahagian Hulu Terengganu menjadi salah satu platform bagi m… Read More
Hadiah Lumayan Sepanjang Ekspo Trg 2018 Tengku Putera menunjukkan baju untuk Eskpo Terengganu 2018 semasa mengadakan taklimat kepada petugas media. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung sepanjang tujuh hari bermula 25 Februari in… Read More
Jalur Lebar Negara Antara Yang Terbaik -Jailani Jailani sempat melawat pusat ternakan landak yang diuruskan oleh Muhammad Fauzan (kanan) di Kampung Tanggol Jangan cuba bandingkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi 4G antara Malaysia dengan negara luar oleh rang… Read More