Sunday, 3 December 2017
Seramai 54 bayi 'Permata Maulidur Rasul' dilahirkan di negeri ini bersamaan dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiul Awal.
Daripada jumlah itu, seramai 37 bayi iaitu 22 perempuan dan 15 lelaki dilahirkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Bagi meraikan kelahiran bayi berkenaan, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria meluangkan masa hampir setengah jam melawat mereka di PRIBA.
Menurut Ahmad Razif, bayi bertuah itu merupakan antara bayi yang akan dihadiahkan RM100 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk tahun ini.
“Ia sebagai jaminan pembelajaran dan persiapan awal pendidikan pada masa depan. Selain itu, ia bagi menggalakkan ibu bapa menabung bagi memberi jaminan kepada anak-anak mereka,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program ‘Permata Maulidur Rasul’ sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1439H/2017M di PRIBA, Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang tadi.
Menurut Ahmad Razif, lebih menggembirakan apabila setiap kelahiran di Terengganu pada tahun hadapan bakal mendapat insentif sebanyak RM300.
"Sebanyak RM100 pemberian kerajaan negeri dalam bentuk SSPN-i dan RM200 adalah hadiah daripada kerajaan persekutuan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 sebelum ini," katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Larangan Bertudung Mengarut - Ahmad Razif Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian Puteri UMNO di Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh. Zulkifli C.W. Putra Menteri … Read More
KRT Perlu Manfaat Media Sosial Di Terengganu Burhanuddin Daud Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diTerengganu perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform mempromosikan program atau maklumat berkenaan peranan badan sukarela itu kepada orang ramai di negeri ini… Read More
SKMM Garis Peraturan Data Diperolehi Syarikat Terkawal Jailani menandatangani plak perasmian PI1M Di Kampung Kuala Kejir Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)menggariskan beberapa peraturan kepada syarikat sebagai pengguna data bagi memastikan perolehan data terkaw… Read More
Sultanah Terengganu Teruja Perkembangan Kampus UMT Bukit Kor Sultanah Terengganu berkenan menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat kepada Dr Mazlan Madon kepada pembukaan Majlis Konvokesyen UMT ke-15 Sidang Pertama di Dewan Sultan Mizan, UMT, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku… Read More
KBR RTM Dipilih Presiden Baharu Kawat Sesi 2017/2019 Barisan kepimpinan Kawat yang baharu bagi penggal 2017/2019 yang dipilih selepas Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kawat 2017. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kassim Ketua Bahagian Rancangan (KBR) Radio Televisyen Malaysia (RTM… Read More