Monday, 27 November 2017


Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR) 2017 apabila merekodkan peningkatan murid yang memperolehi semua A berbanding tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, pencapaian di seluruh Terengganu itu amat membanggakan hasil komitmen jitu semua pihak terutama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua warga pendidik.

"Tahniah kepada yang berjaya mendapat semua A dalam UPSR tahun ini. Kepada yang kurang cemerlang, perlu buang jauh rasa kecewa kerana perjalanan untuk mencipta kejayaan di masa depan masih jauh.

"Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran untuk belajar lebih tekun dan mampu menghasilkan keputusan yang pasti membanggakan semua pihak dalam peperiksaan awam seterusnya,"katanya kepada Teganukita, hari ini.

A. Latiff berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan pelajar yang kurang cemerlang, malah potensi mereka sentiasa digilap supaya mampu seiring rakan cemerlang lain.

Tambahnya, ibu bapa dan guru juga perlu memainkan peranan memberi motivasi berterusan agar pelajar kurang cemerlang mempunyai semangat untuk membaiki prestasi dalam pelajaran dan bangkit semula untuk membuktikan mereka juga mampu berjaya. - teganukite.net

Related Posts:


Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan