Monday, 13 November 2017


Persatuan Belia Setia Pakat dan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Kampung Tebakang menganjurkan Pesta Sukan Air pada 10 November lalu dalam usaha memupuk muafakat dan perpaduan di kalangan penduduk.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman berkata, sebelum berlangsungnya pesta berkenaan, pelbagai NGO termasuk KRT Kampung Tebakang serta penduduk kampung bekerjasama membersihkan kolam yang lama terbiar untuk dijadikan  tempat yang memberikan manfaat, peluang ekonomi serta boleh dijadikan sebagai tempat riadah dan sebagainya.


“Usaha tersebut berhasil dengan perlaksanaan pesta sukan air berkenaan yang menuntut komitmen, kerjasama,  muafakat dan pengorbanan semua dari mula kerja-kerja membersihkan kawasan dan kolam sehinggalah perlaksanaan acara,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.

Amirullah yang juga merangkap Pengerusi MAYC Marang berkata, penganjuran sukan air itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tebakang dan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Cawangan Tebakang.

Katanya, antara acara yang diadakan untuk memeriahkan pesta berkenaan termasuk panjat tiang licin, lumba kayak dan rakit, pukul bantal, tangkap itik dalam air, sarung ketupat nasi, cucuk benang dalam jarum serta cabutan bertuah.


Dalam pada itu, Amirullah turut memuji usaha NGO dan penduduk kampung berkenaan yang telah bertungkus lumus memastikan pesta air tersebut berjalan lancar dan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Tahniah kepada Pengerusi KRT Kampung Tebakang, Abd Karim Ibrahim merangkap Pengerusi Persatuan Belia Sepakat serta semua pihak yang membantu menjayakan program ini,” ujarnya.



Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan