Sunday, 8 October 2017


Petronas meneruskan komitmen bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Petronas STEM Fair 2017.

Terbaru, seramai 400 murid daripada tiga buah sekolah rendah di sekitar Terengganu menyertai di Kolej Vokasional Dungun, semalam.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program itu menjadi satu daripada komitmen syarikat korporat ulung itu bagi menambah nilai dan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran STEM.

"Ini merupakan tahun kedua penganjuran Petronas yang bermatlamat mempromosikan pembangunan modal insan di samping menyokong usaha kerajaan untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik seawal Tahun Satu," katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Matsor Ismail.

Menurut Hasnan, program STEM Fair 2017 itu juga sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan nisbah 60 peratus untuk kemasukan dalam bidang sains, teknikal, vokasional dan 40 peratus dalam bidang seni.


"Sepanjang tahun ini, lebih daripada 1,500 orang pelajar dari sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mendapat manfaat menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan di bawah Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP).

"Selain itu, guru-guru dari sekolah terpilih turut diberi pendedahan Pedagogi Pendidikan STEM melalui Bengkel Pembangunan Profesional Guru di Kuala Lumpur.

"Pada sesi tersebut, Petronas turut menyumbang bantuan kelengkapan persekolahan kepada seramai 393 pelajar PSIP dari Sekolah kebangsaan (SK) Serdang, SK Tok Kah dan SK Kompleks Rantau Abang," katanya.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan di STEM Fair 2017 termasuklah demonstrasi uji kaji sains, pertunjukan sains, kuiz interaktif dan persembahan projek sains dan matematik oleh pelajar yang terlibat. - teganukite.net

Related Posts:

  • Tabung Wakaf UMT Sumbang RM1 Juta Kepada Maidam Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di bawah Tabung Waqaf Ilmu UMT menyumbangkan sebanyak RM1 juta wakaf tunai kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Tabung yang mula ditubuhkan dengan kerjasama Maid… Read More
  • GPMS Perlu Bantu Kerajaan Rancang Strategi Untuk Anak Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu boleh membantu kerajaan merancang pelbagai strategi serta memberikan idea untuk membantu meningkatkan pencapaian anak-anak muda Melayu. Menteri Besar, Dato’ Seri Ah… Read More
  • SMK Lembah Bidong Juara Kali Keempat Perkiss Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu berjaya mengekalkan johan buat kali keempat berturut-turut, manakala SMK Kerteh pula memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat … Read More
  • 15,000 Pelajar KAFA Khatam Al-Quran Serentak Ahmad Razif menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar. Foto Zukipli C W Putra Seramai 15,000 pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) membabitkan lapan daerah di Terengganu selesai khatam al-Q… Read More
  • UniSZA Bangunkan Ekosistem Bahasa Inggeris Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah proaktif dalam membangunkan ekosistem bahasa Inggeris di kampus itu menerusi pelaksanaan program perdana Enrich My English Language atau EMEL. Timbalan Naib Ca… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 20 Jun 2018
11:22 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75735
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan