Sunday, 1 October 2017
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan peruntukan RM64,000 kepada 47 keluarga asnaf di Pulau Redang.
Agihan RM1,500 hingga RM3,000 sekeluarga atau bergantung kepada bilangan isi rumah yang masih dalam taggunggan itu disalurkan melalui Program Tautan Mahabbah Bersama Penduduk Pulau Redang, hari ini.
Turut serta dalam program itu Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib; Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan Pesuruhanjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim
Bazlan berkata penerima dipilih berdasarkan bilangan isi rumah yang masih bersekolah yang melibatkan 101 pelajar daripada 47 keluarga asnaf.
Katanya, bantuan tahunan yang disalurkan melalui Maidam itu pastinya dapat membantu meringankan bebanan keluarga, termasuk berkaitan perbelanjaan sekolah.
"Boleh juga sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Sijil Penilaian Malaysia.
"Saya berharap penerima menggunakan wang tunai yang diagihkan sebaik mungkin, elak membeli barangan yang tidak berkaitan, " katanya ketika ditemui selepas program it
Penerima bantuan yang juga bekas nelayan Nordin Ahmad Ibrahim berkata, bantuan yang diterima RM2,000 itu cukup besar nilainya dan akan menggunakannya sebaik mungkin.
"Saya mengutamakan perbelanjaan sekolah anak- anak selain barangan keperluan dapur," katanya.
Ibu tunggal, 43 Atimi Ripin, berkata perbelanjaan keluarga kini hanya bergantung kepada anak sulung yang bekerja sebagai pemandu bot selain mendapat upah memasak sekiranya ada program di kampung itu.
Katanya, kehidupan dia sekeluarga agak susah sejak kematian suami akibat kemalangan pada 2013.
"Bagaimana tetap bersyukur kerana mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Maidam kerap menghulurkan sumbangan, " katanya - teganukite.net
Related Posts:
Program Bakti Siswa Dekatkan Mahasiswa Bersama Masyarakat Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan Sesi 2016/2017 Universiti Sultan Zainal Abdidin (UniSZA) Kuala Terengganu menganjurkan Prog ram Bakti Siswa di Kampung Kuala Telemong untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan … Read More
Mohamad Hafas, Nor Jannah, Johan Tilawah Al- Quran Jannah dan Hafas bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada April ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Mohamad Hafas Ali dari Marang dan Nor Jannah… Read More
Malaysia Kalah Tipis Di Tangan Bahrain Pemain Malaysia berhempas pulas sebelum kalah tipis 6-5 di tangan Bahrain. Foto oleh Harish Fadzillah Malaysia sekali lagi tewas dalam pusingan kumpulan pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC menentang Bahrain … Read More
Program Jejak Intelektual Dokumentasi Kejayaan Anak Terengganu Ghazali (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia Terengganu sempena pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini, di Auditorium TerengganuFm, hari ini. Foto oleh Harish Fad… Read More
Kuota 10 Peratus Rumah Untuk Belia Bujang Terengganu menetapkan 10 peratus kuota setiap projek perumahan kerajaan diberikan kepada golongan belia yang belum berkahwin di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mam… Read More