Tuesday, 17 October 2017

Ahmad Zahid mengacau bubur asyura Majlis Perasmian Ekspresi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, hari ini. Foto Zulkifli Putra 

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  meminta rakyat negara ini kembali kepada pegangan agama dan kepercayaan masing-masing supaya masalah dan gejala sosial di negara ini dapat dibendung secara berperingkat-peringkat.

Katanya, pembangunan yang mampan tidak mungkin dapat dicapai sekiranya negara terumbang-ambing dengan masalah sosial.

“Oleh itu, saya mahu semua pemimpin masyarakat memainkan peranan bagi membentuk akhlak yang baik di kalangan rakyat Malaysia, sekaligus pembangunan yang seimbang dunia dan akhirat dapat dizahirkan,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspresi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari; Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong;Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat


Ahmad Zahid turut memberitahu, Ekspresi Negaraku merupakan program yang mempamerkan kesatuan dan kesepaduan sesama rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Penglibatan segenap lapisan rakyat Malaysia penting dalam menghidupkan semangat 'Negaraku'; yang cuba ditonjolkan menerusi penganjuran program Ini.


"Saya amat gembira atas sambutan yang telah diberikan oleh masyarakat di Terengganu, khususnya penduduk Dungun pada program Ekspresi Negaraku yang kelima hari ini," katanya.

Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Dataran Dewan Merdeka, Dungun seawal 6.00 pagi untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat.
Antaranya Larian Bendera Negaraku, senamrobik, gerai-gerai pameran, sukaneka, kayuhan santai, silat, taekwando , car boot sale dan agihan bubur asyura yang dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk  sebanyak 18 kawah. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan