Tun Ahmad Faisal menunjukkan baju yang akan diagihkan secara percuma. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
Sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagihkan secara percuma dalam Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada 18 November ini.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama dari kerajaan negeri melalui JPNT dan Sky Event Management Sdn Bhd yang berkonsepkan 'fun run' dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berumur 18 tahun ke atas.
"Ia terbuka kepada semua asalkan berusia 18 tahun ke atas dan acaranya berbentuk `fun run'.
"Larian ini akan diadakan di sekeliling Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan apa yang menarik adalah larian ini berbentuk larian berhalangan di mana kita akan pasang beberapa unit halangan di lokasi tertentu.
"Ini merupakan bukan halangan berbentuk cabaran tapi halangan yang akan memberi kemeriahan dalam larian itu nanti," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena program itu, di Gerbang Pelancongan Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.
Turut hadir Pengarah Projek Sky Events Management Sdn Bhd, Angeline Chuah.
Tambah Tun Ahmad Faisal, sepanjang larian tersebut berlangsung, uji bakat terbuka turut diadakan kepada 10 peserta untuk mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat akhir.
"10 orang wajah-wajah Terengganu akan dipilih untuk ke acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember di mana mereka akan digabungkan dengan peserta-peserta dan juga selebriti-selebriti lain.
"Syaratnya mudah saja. Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan berani tampil di hadapan kamera. Jikalau wajah-wajah ini sesuai untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir, InsyaAllah mereka akan dibawa ke sana oleh penganjur," katanya.
Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya zumba, trak makanan serta acara pentas.
Selain itu, raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan turut akan berada di sana bagi majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. - teganukite.net