Sunday, 24 September 2017
Kerajaan negeri menggesa semua pihak, terutama kepimpinan negeri, penjawat awam, kakitangan syarikat milik kerajaan negeri dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) bagi membanteras gejala rasuah secara serius.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyertaan dibawah seliaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu mempertahankan nilai integriti dalam setiap urusan yang dijalankan.
"Saya turut bersama- sama barisan kepimpinan negeri dan beberapa pihak lain yang dianggarkan mencapai bilangan puluhan ribu akan menjadi ahli Gerah.
"Kita mahu ia dilakukan segera agar dapat mempercepatkan lagi pembasmian gejala rasuah di negeri ini,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Karnival Kemah Keming Tolok Rasuah sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar 2017) di Pantai Teluk Ketapang, SeberangbTakir, petang semalam.
Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.
Sementara itu, Dzukifli berkata, peranan Sahabat Gerah adalah sebagai mata dan telinga kepada SPRM di samping menyumbang tenaga, masa dan idea dalam usaha pencegahan rasuah.
"Kita mahu sekurang-kurangnya 50 peratus kakitangan awam di negeri ini menyertai Sahabat Gerah supaya dapat menjadi ejen SPRM menyebar luas imej anti rasuah dalam masyarakat.
"Ahli mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk mendapat maklumat terkini dan tepat mengenai tangkapan atau kejayaan SPRM menangani jenayah rasuah, " katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Pemilik Premis Perniagaan Disaran Kibar Jalur Gemilang Ahmad Razif (tengah) bersama pemimpin negeri mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Negaraku Sehati Sejiwa dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish … Read More
Senarai Calon BN Terengganu Pada PRU-14 Diserah Kepada PM Senarai semua calon yang berpotensi dari parti komponen Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri ini yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti, kata Menteri Besar … Read More
Terengganu Sasar 1,900 Pelajar Peroleh 6A Dalam UPSR Terengganu menyasarkan 1,900 pelajar atau 10 peratus daripada 19,000 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh keputusan cemerlang 6A tahun ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata … Read More
Lebih 100 Bantuan Dari 'Lab Bajet' Idea Rakyat Terengganu Terengganu menyediakan lebih 100 jenis bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan hasil 'Lab Bajet' yang dilaksanakan di setiap daerah.Pada tahun lalu, 502 input dikumpulkan dalam pembengkelan bajet melalui… Read More
Kerajaan Negeri Putuskan Tempoh Pajakan Tanah Kini 99 Tahun Kerajaan negeri bersetuju untuk menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan bangunan perniagaan di negeri ini kini adalah selama 99 tahun. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, perkara tersebut te… Read More