Sunday, 13 August 2017

Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah  Projek ECRL, di Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Projek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) adalah projek infrastruktur bersejarah berimpak tinggi  bagi rakyat Malaysia bakal disiapkan pada 2024.

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, ECRL akan menjadi  laluan kereta api elektrik terpantas yang menyeberangi Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Selangor serta `Game Changer' (penukar permainan) untuk Malaysia kerana mampu menjimatkan masa perjalanan.

"Jika sebelum ini perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu mengambil masa
kereta api dari Gombak ke Kota Baru purata tujuh jam dengan jalan atau 12 jam atau lebih semasa musim perayaan,tetapi dengan ECRL dijangka mengambil masa kurang daripada empat jam.

"ECRL yang melibatkan jarak 668 kilometer  ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan di mana pengangkutan awam sebagai salah satu agenda utama negara untuk kemudahan infrastruktur negara yang cekap serta menghubungkan bandar dan menaik taraf pengangkutan awam di kawasan pedalaman di pantai timur," kata beliau ketika berucap di Majlis Pecah Tanah  Projek ECRL, di Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Besar Kelantan,Dato' Ahmad Yaakob.

Hadir sama, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd,Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Kaunselor Republik Rakyat China,Wang Yong.


Beliau berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan Chinese Communications Construction Company Ltd berupaya menjayakan projek untuk manfaat rakyat seperti yang ditetapkan.

Menurut Najib lagi, projek pengangkutan ECRL,Transit Aliran Massa (MRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjadi kunci transformasi negara dalam mencapai status negara maju dan menyediakan gaya hidup moden kepada rakyat.


"Ini adalah projek berteraskan rakyat dan kita sasarkan 5.4 juta penumpang serta 53 juta tan kargo menggunakan ECRL setiap tahun mulai 2030.

"Projek itu akan meningkatkan ekonomi dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dari tiga negeri Pantai Timur sebanyak 1.5 peratus dengan wujudnya ECRL dan kesan sosial yang positif untuk negeri-negeri pantai timur, "katanya lagi. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan