Thursday, 13 July 2017


Kerajaan negeri akan memperkenal beca berkonsep baharu sebagai satu lagi produk terkini pelancongan Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebelum diperkenalkan dalam masa terdekat, beca yang berharga RM10,000 seunit akan diberikan sebagai percubaan kepada empat pengusaha beca.

“Sebagai permulaan kita sediakan dua model dengan empat jenis beca menggunakan  konsep baharu ini untuk dicuba oleh pengusaha-pengusaha beca.

“Kita akan minta pandangan dan pendapat mereka selaras dengan konsep inklusif yang dilaksanakan menerusi Transformasi Terengganu Baharu.

“Kalau mereka bersetuju dengan mana-mana model beca ini, Insya-Allah dalam masa terdekat, kerajaan negeri akan perkenalkan beca berkonsep baru sebagai galakan pelancongan di Terengganu,” ujarnya di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.

Katanya, kerajaan negeri akan buat keputusan selanjutnya selepas mendapat maklum balas dari pengusaha beca yang mencuba produk baru ini dan ianya akan dimulakan di sekitar Kuala Terengganu terlebih dahulu. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan