Sunday, 23 July 2017
Ahli Pergerakan Puteri UMNO diingatkan supaya jangan berfikir mengenai pemilihan parti sebaliknya harus mengutamakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terlebih dahulu.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pemilihan parti hanya berlaku selepas PRU14 dan tidak bermakna jika menang pemilihan tetapi kalah dalam pilihan raya.
"Tidak ada maknanya kalau menang pemilihan parti sekiranya kita kalah dalam PRU14 dan hilang kuasa...memang tidak bermakna.
"Sebab itu saya beri ingatan bahawa sesiapa pun termasuk ahli puteri yang bermimpi mengenai jawatan dalam parti...teringin tidak mengapa tetapi jangan dahulukan kepentingan mengejar jawatan sebagai keutamaan,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini.
Seramai 600 perwakilan dan permerhati Puteri UMNO daripada 110 cawangan bahagian Hulu Terengganu hadir di majlis tersebut.
Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Fatimah Hamat.
Mengulas mengenai calon-calon PRU14, Mas Ermieyati berkata sesiapa pun yang terpilih sama ada orang baru atau lama, berpendidikan atau tidak dan mempunyai pengalaman harus diserahkan kepada Presiden Parti dan pucuk pimpinan untuk menentukannya.
"Presiden UMNO dah beritahu bahawa ada kaedah metodologi untuk buat pemilihan calon jadi bukan tugas kita untuk mempersoalkan siapa calon dan jangan ada cah keting dalam hal ini,"ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, walaupun Puteri UMNO mempunyai formula tertentu dalam gerak kerja pilihan raya tetapi yang paling penting dan utama adalah perpaduan dan perpaduan dalam parti.
"Sebab sejarah dah buktikan bagaimana hebatnya calon dan manifesto tetapi apabila di dalam parti itu berantakan maka tidak akan boleh menang dalam pilihan raya nanti.
"Saya harap bila berbicara tentang pilihan raya, kita perlu selesaikan masalah dalaman terlebih dahulu bagi memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional(BN) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) yang kalah dapat dirampas kembali,"kata Mas Ermieyati. - teganukite.net
Related Posts:
Seminar Antarabangsa Media, Komunikasi, Karyawan, Pelancongan, Seni Dan Warisan Mac Ini Ghazali Taib bersama pemenang Pertandingan Fotografi Telusuri Terengganu di Hotel Rimba, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri bakal menganjurkan Seminar Antarabangsa Media, Komunikasi, Karyawan… Read More
Jumlah Mangsa Banjir Menurun Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 681 orang (187 keluarga) setakat pukul 11 pagi ini, berbanding 2,917 orang (854 keluarga) tengah hari semalam. Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terenggan… Read More
SKMM Atasi Gangguan Talian Di Kelantan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyelesaikan liputan komunikasi akibat kesesakan dan gangguan talian di beberapa kawasan di Kelantan yang dilanda banjir. Timbalan Menteri Komunikasi Dan … Read More
Pasang Dua Siren Kesan Amaran Awal Empangan Stesen Kuasa Elektrik Hidro Sultan Mahmud Kenyir akan memasang dua siren amaran awal sebagai prosedur stesen berkaitan dengan keselamatan empangan. Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir, Mustaf… Read More
HSNZ Jadi Rujukan Sub-Kepakaran O & G Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kini menjadi hospital rujukan bagi zon Pantai Timur yang menawarkan satu sub kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O & G) iaitu Perubatan Reproduktif yang mengen… Read More