Sunday 30 July 2017


Kerajaan negeri akan melihat kembali  kes-kes terpencil mengenai isu mana-mana ketua ketua pergerakan pemuda, wanita dan puteri di negeri ini yang tercicir daripada menganggotai Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif *Abd* Rahman berkata,perkara itu mungkin salah satu kes terpencil kerana pemilihan jawatankuasa J3K telah ditetapkan daripada pemimpin-pemimpin sayap parti.

"Setiap J3K ,ahlinya memang terdiri daripada ketua pemuda,wanita dan 7puteri.

"Dan jika ada yang tercicir,boleh kita bagi ingatan semula kepada J3K,"kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun di Dewan Majlis Perbandaran Dungun hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Arlina dalam ucapannya memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk melantik ahli Puteri bagi menganggotai J3K.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato' Din Adam dan Timbalannya, Roslee Daud serta Ketua Puteri UMNO bahagian itu, Arlina Rosli. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan