Tuesday 18 July 2017


Kampung Getang, Kuala Berang meraih kejuaraan berganda bagi pertandingan Gemerlipan Pelita Raya OKB yang diadakan baru-baru ini.

Mereka membawa pulang RM5,000 untuk juara Zon Genting Highland dan seekor lembu bagi juara keseluruhan pertandingan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Getang, Tuan Abd Razif Tuan Ngah berkata, kemenangan itu menyuntik semangatnya untuk membuat yang lebih terbaik pada masa akan datang.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan persiapan sejak awal lagi dengan tambahan peruntukan daripada badan korporat, kontraktor dan sumbangan
 peribadi.

"Kami berganding bahu dengan kata sepakat dan dibantu oleh penduduk kampung tanpa mengira umur.

"Mereka beri kerjasama yang cukup hebat dan saya merasa cukup bangga kerana mempunyai anak buah yang memahami sejak awal hingga akhir,"katanya lagi.

Tuan Abd Razif berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka OKB di Plaza Rahmat,Kuala Berang semalam.

Turut hadir,Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong,Pengarah Unit Komunikasi Negeri,Dato' Muda Mamat,ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.

Menurut beliau lagi, setakat ini sebanyak RM7,500 telah dibelanjakan dan hasilnya cukup memuaskan hatinya sebagai Pengerusi J3K dengan kemenangan membawa pulang  wang tunai dan seekor lembu kali ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Tengku Putera Tengku Awang menyifatkan kejayaan program yang dilaksanakan itu adalah tanda sokongan masyarakat setempat melalui gerak kerja yang dilakukan.

"Program sepanjang bulan puasa hingga Aidilfitri melibatkan semua penduduk kampung, taman dan jabatan tanpa mengira usia dan parti politik.

"Gerak kerja yang cemerlang dan membuktikan 'tagline' OKB ' Kami Berpadu Tuan Membantu' tercapai dan membuatkan saya rasa teruja,"katanya.


Sementara itu, kehadiran luar biasa yang melebihi 25,000 orang ke Rumah Terbuka OKB kali ini menjadikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna.

Buat pertama kali diadakan pada waktu malam tidak menghalang kehadiran orang ramai seawal 7.30 malam bagi merasai kemeriahan suasana Aidilfitri dan menikmati lebih 20 jenis hidangan yang disediakan. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan