Sunday, 9 July 2017

Ahmad Razif dan isteri meluangkan masa melawat Saleem dan bertanya khabar artis itu ketika urusan rasmi ke Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kasim

"Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Terengganu, saya amat simpati kepada Saleem dan berharap Saleem serta keluarga tabah sabar menghadapi ujian Allah, " kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebaik sahaja menziarahi penyanyi terkenal dan ' evergreen' negara, A. M. Salim Abdul Majeed dari Permaisuri, Setiu, itu.
Ahmad Razif bersama isteri To' Puan Seri Hajah Halina Zakaria serta Setiausaha Politik, Dr Rozailan Mamat tiba di Pusat Perubatan HUKM, di Cheras di ibu kota kira-kira jam 1 tengahari untuk melawat dan melihat perkembangan kesihatan Saleem.
Isteri Saleem, Julia atau Juriah Bachok turut menyambut ketibaan Ahmad Razif dan rombongan.
Ahmad Razif berkata, beliau diberitahu oleh doktor yang merawat Saleem bahawa penyanyi yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu dan pernah membintangi filem itu dalam keadaan stabil serta masih dalam proses rawatan untuk pulih.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri akan melihat apa apa keperluan yang sewajarnya untuk membantu penyanyi yang mempunyai peminat di seluruh tanah air dan dan rantau ini seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei itu.
"Saleem sudah menyumbang kepada kemashyuran negeri dan kerajaan negeri akan membantu keperluan artis ini untuk melihat dia terus mewarnai persada seni tanah air kita. 


"Saya harap peminat Saleem di mana jua berada, doakalah untuk Saleem agar kembali sembuh," ujar Ahmad Razif yang kelihatan sedih melihat keadaan artis itu. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan