Tuesday, 20 June 2017
Kerajaan negeri memperuntukkan RM23 juta bagi melaksanakan program Transformasi Orang Muda (TOM) 2017 yang melibatkan 113,000 penerima di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata,beliau mendapat arahan daripada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman supaya menyelesaikan pembayaran kepada para penerima sebelum AidilFitri ini.
"Ini merupakan kali pertama kita laksanakan pembayaran awal untuk dana remaja berbanding sebelum ini pembayaran adalah sepanjang tahun.
"Sehingga kini hampir 70 peratus telah selesai untuk pembayaran dan sehingga kini masih lagi dibuka untuk pembayaran bagi penerima-penerima yang layak mengikut kategori masing-masing.
"Untuk tahun ini,permohonan Dana TOM meningkat 10 peratus daripada tahun lepas yang mana pada 2016, kita telah belanjakan sebanyak RM22 juta,"kata Rozi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Telemong berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pengagihan Dana TOM DUN Telemong di Dewan Akademi Binaan Negara, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.
Tambah Rozi lagi,kepada pemohon yang gagal dalam permohonannya disebabkan masalah teknikal atau kesilapan nombor kad pengenalan, rayuan akan dibuka selepas AidilFitri.
"Tetapi mereka perlu pastikan nama mereka berada dalam sistem dan telah memohon pada peringkat awal dahulu,"katanya.
Sementara itu,Rozi meminta kepada golongan remaja yang telah menerima Dana TOM ini supaya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana peluang ini hanya ada di Terengganu.
"Dana ini mencakupi keseluruhan remaja yang berusia 21 hingga 40 tahun, belum berkahwin dan berpendapatan bawah RM2,000 yang layak di negeri ini ,yang mana kita tidak lihat berlaku di negeri lain.
"Kita dapat lihat bagaimana kerajaan negeri menyediakan peruntukan walaupun dalam suasana ekonomi yang tidak berapa baik namun demi kebajikan, golongan ini tetap mendapat imbuhan bagi ringankan beban terutama bagi yang tidak bekerja menyambut AidilFitri,"katanya lagi.
Menurut beliau, sikap jimat cermat dalam berbelanja harus diamalkan dan jangan terlalu mengikut nafsu kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. - teganukite.net
Related Posts:
Jangkitan HIV Di Kalangan Penagih Menurun Kes jangkitan HIV di kalangan penagih dadah suntikan di negeri ini menunjukkan perubahan yang ketara.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, semenjak imple… Read More
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan YIT Dan JHEAT Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini mengukuhkan kerjasama dengan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dengan mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi prog… Read More
Skuad Sukarelawan TTB Lancar Misi Bantuan Ke Penang Rozi bersama Skuad Sukarelawan TTB bergambar sebelum bertolak ke Pulau Pinang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) dengan kekuatan 200 tenaga kerja bertolak ke Pulau… Read More
Kerajaan Negeri Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Pulau Pinang Kerajaan negeri akan menghantar kira-kira 200 orang Skuad Sukarelawan TTB ke Pulau Pinang bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran bencana banjir di negeri itu pada 9 November ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Suka… Read More
Terengganu Sedia Lupus Al-Quran Rosak Di Pulau Pinang Secara Percuma Ghazali turut serta dalam Program Pelupusan Kiub Abu Al-Quran ke laut di Perairan Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan negeri bersedia membantu melupuskan al-Quran yang rosak akibat ditenggelami banj… Read More