Ghazali bersama bekas qari dan qariah selepas Majlis Majlis Apreasiasi Gema Wahyu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Terengganu memperuntukkan RM765,600 sebagai bayaran bonus perayaan Aidilfitri kepada 1,532 guru khidmat masyarakat dan 190 guru pintar al-Quran di seluruh negeri ini.
Berdasarkan jumlah itu, seramai 1,055 guru khidmat masyarakat yang berkhidmat melebihi 10 tahun layak menerima RM500 dan selebihnya iaitu 477 orang di mana perkhidmatannya kurang daripada tempoh sembilan tahun dibayar RM300.
Manakala seramai 190 guru pintar al-quran turut layak menerima RM500.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata kerajaan negeri tidak melupakan jasa qari dan qariah yang pernah mengharumkan nama Terengganu di peringkat kebangsaan dan luar negara.
Katanya, oleh itu, sebanyak RM16,000 diperuntukkan untuk lapan qari dan qariah bagi tujuan itu. Setiap individu layak memperoleh RM2,000 beserta sijil penghargaan serta plak anugerah.
“Mereka yang disenaraikan adalah Dato’ Rogayah Sulong, Mohamad Awang Teh, Sepiah Mohamad, Maznah Awang, Aminah Omar (allahyarhamah), Daud Che Man (allahyarham), Embat @Siah Mat Amin dan Ahmad Termizi Ali.
“Untuk mencapai kejayaan ke tahap ini bukanlah suatu perkara mudah, kerana perlu disertai dengan kesungguhan, keikhlasan dan komitmen yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apreasiasi Gema Wahyu dan Bayaran Bonus Guru-Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran 2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Ghazali berkata, tradisi membaca al-Quran perlu dipertingkatkan kepada kebolehan bidang tarannum khususnya di samping bimbingan ke arah untuk mendalami isi kandungan al-Quran.
“ Saya percaya dan keyakinan penekanan budaya cakna dan celik al-Quran akan melahirkan ummah berketerampilan, berketahanan dan mempunyai jati diri,”katanya. - teganukite.net
|
Monday, 19 June 2017
Related Posts:
MB Berbuka Puasa Bersama Warga Dungun Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria hari ini mengambil kesempatan berbuka puasa bersama warga Dungun.Kira-kira 1,500 penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk… Read More
Belia Perlu Setia Bersama Kerajaan- Ghazali Golongan belia perlu terus bersama kerajaan dan jangan biarkan negara ini dijajah semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia Negeri, Ghazali Taib.Jelas Ghazali lagi,golongan ini diminta merebut peluang y… Read More
GPMS Perlu Transformasi Minda, Lahirkan Mahasiswa Minda Kelas Pertama - A. Latiff Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu perlu kekal dengan matlamat asal penubuhannya untuk memperkasakan pendidikan Orang Melayu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transform… Read More
MB UcapTakziah Kepada Keluarga Dua Juruterbang TUDM Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam tragedi yang berlaku di Hutan Paya Chukai, Kemaman, hari ini.Allah… Read More
50 Pegawai PPDNKK Pantau Harga Barang Musim Perayaan Lebih 50 penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu bagi memantau harga makanan dan barang keperluan asas harian sempena Musim Perayaan Aidilfitri di pasar seluruh Terengg… Read More