Monday, 19 June 2017


Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM)sedang memantau perkhidmatan liputan komunikasi di seluruh negeri Pantai Timur bagi menyelesaikan isu gangguan perkhidmatan yang melanda baru-baru ini.

Timbalan Menterinya,Dato' Jailani Johari berkata penyedia perkhidmatan komunikasi seperti Celcom, DiGi, Maxis, UMobile sedang menjalankan kerja-kerja penaiktarafan sistem rangkaian dan perkhidmatan komunikasi bagi memberi kadar liputan yang terbaik.

Jelasnya lagi kebanyakan kerja-kerja penaiktarafan telah selesai dan berfungsi termasuklah penaiktarafan sistem 2G kepada 3G manakala kerja-kerja lain masih diteruskan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang AidilFitri.

"Ini termasuklah penaiktarafan kapasiti utk perkhidmatan suara dan data,mengoptimumkan sistem untuk peningkatan prestasi sistem pemancaran

"Untuk lokasi tertentu seperti kawasan rehat & rawat (R&R),jalan-jalan utama,lebuhraya dan bandar-bandar utama,pemasangan unit-unit bergerak ‘Cellular on Wheel (CoW), pico BTS, micro BTS, RAN sharing Multiple Operator (RAMO) jenis 2G, 3G, LTE sedang giat dilakukan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Setempat di Masjid Tok Randok,Ajil,hari ini.

Tambah Jailani lagi,pihak penyedia perkhidmatan komunikasi juga sedang menyemak situasi liputan/kualiti di lokasi-lokasi yang tiada isu liputan dan berkecukupan kapasiti seperti R&R.

"Malah saya dimaklumkan mereka sentiasa bersiapsiaga dengan pasukan dan peralatan yanhg cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh perayaan nanti,"katanya. 

Sementara itu,menyentuh tentang kewujudan versi palsu al-Quran dan Hadis yang ditularkan melalui media sosial, pihak SKMM akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) untuk penelitian lanjut kerana SKMM tiada kepakaran atau bidang kuasa khusus dalam urusan berkenaan.

" Namun pihak SKMM akan memberikan bantuan teknikal sekiranya diperlukan.
Justeru pihak pengguna adalah disarankan agar merujuk kepada aplikasi yang dibangunkan oleh pihak JAKIM seperti e-Hadith bag menyemak silang ‘cross check’ hadith-hadith yang mencurigakan.

"Dalam masa yang sama pihak SKMM juga sedang membangunkan aplikasi bertujuan mempermudahkan semakan keaslian teks al-Quran melalui kerjasama dengan pihak JAKIM,"kata Jailani lagi. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Terima Geran PKS Tertinggi Terengganu menerima Geran Peningkatan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) yang tertinggi di seluruh negara, iaitu berjumlah RM27.29 juta sehingga Disember 2016.Timbalan … Read More
  • Barang Keperluan Percuma Untuk Anak Terengganu Di Free Market Ahmad Razif bergambar (tengah) bersama Tengku Asmadi (dua dari kanan) bergambar kenangan dengan kanak-kanak seelepas mengagihkan `duit raya' kepada mereka, di Program Free Market Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini. Foto … Read More
  • Hayati Inti Pati Al-Quran- Ghazali Umat islam perlu memahami dan menghayati inti pati al-Quran dalam melahirkan kerukunan serta keharmonian antara satu sama lain dan sebagai petunjuk terunggul yang harus dijadikan panduan sepanjang masa.Pengerusi Jawatankua… Read More
  • Terengganu Komited Lahirkan Golongan Saintis Islam A. Latiff bermesra dengan sebahagian pelajar terpilih dalam Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017, di UMT, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu akan terus komited untuk melahirkan gol… Read More
  • SM Imtiaz Marang Mula Beroperasi Satu lagi sejarah buat pendidikan negeri Terengganu selaku Negeri Anjung Ilmu apabila Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang yang menempatkan 101 pelajar memulakan sesi persekolahan hari ini (Ahad). … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:16 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan