Thursday, 8 June 2017

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Anggota Tentera pada Majlis Berbuka Puasa Warga Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bersama Menteri Besar di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada 6,230 penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan keseluruhan kira-kira RM3.1 juta itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan.

Katanya, pemberian bonus itu akan diberikan serentak dengan bayaran gaji untuk penjawat awam pada 15 Jun ini.
“Kerajaan negeri telah memutuskan dalam mesyuarat Exco tadi untuk memberikan bonus kepada semua kakitangan awam negeri termasuk pekerja kontrak, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) untuk mendapat bonus sebanyak RM500 sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

“Pemberian itu akan dilaksanakan sekali dengan gaji penjawat awam sebelum menjelang perayaan Aidilfitri,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Warga Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.

Ahmad Razif berkata, pemberian bonus tersebut secara tidak langsung meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.


Tambahnya, 898 pegawai dan kakitangan ATRA yang melibatkan peruntukan RM441,750. - teganukite.net

Related Posts:

  • Sasaran PITAS 2030 Realistik Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifat… Read More
  • UniSZA, MAIDAM Bantu Lebih 1,000 Penuntut Miskin Pengurus BIMB,Wan Rosita menyerahkan sumbangan zakat kepada Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi sambil disaksikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda  Lebih 1,000 penuntut UniSZA bagi kategori miskin … Read More
  • TDM Buka Kilang Baja Bio-Organik Automasi Pertama Di Malaysia Ahmad Samsuri melihat pokok lada yang menggunakan baja TDMBIO. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  TDM Berhad anak syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkem… Read More
  • Bomba Iktiraf Pemanggil Pertama KBC Terbakar Nurul Najihah  Seorang wanita tidak menyangka akan diberikan penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila menjadi pemanggil pertama bagi melaporkan kejadian kebakaran tangki minyak mentah Ke… Read More
  • `Jangan Beritahu Saya Isteri Menteri Besar' - MB “Pesanan saya kepada beliau supaya pergi (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu) sebagai rakyat dan jangan pergi beritahu saya isteri Menteri Besar, tentulah mendapat layan `first class’. Pergi sebagai rakyat bias… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:22 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan