Wednesday, 7 June 2017


Peniaga juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dinasihati meningkatkan tahap kebersihan termasuk kebersihan diri dan aspek penyediaan makanan bagi mengekang penyebaran wabak penyakit bawaan makanan.


Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, makanan yang dijual di bazar Ramadan lebih berisiko terdedah kepada bakteria memandangkan juadah disediakan lebih awal.

“Para peniaga diharapkan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan makanan yang disediakan bersih dan bebas daripada sebarang bentuk pencemaran.

“Jangan sesekali menjual semula makanan yang tidak habis pada hari sebelumnya kerana ianya menyebabkan risiko keracunan makanan kepada pengguna,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan Serta Nafas Baru Bermula Ramadan 2017 Peringkat Kuala Nerus, di Bazar Ramadan Gong Badak, semalam.

Katanya, keselamatan makanan di bazar turut dipengaruhi oleh beberapa faktor bermula daripada kualiti bahan mentah ketika pengendalian dan juga penyimpanan.


Sementara itu, beliau berkata sehingga 5 Jun lalu, sebanyak 2,081 daripada 4,905 buah premis di bazar Ramadan di seluruh negeri ini telah diperiksa tetapi tiada premis yang ditutup disebabkan masalah kebersihan atau keracunan makanan.

“Walau bagaimanapun, sehingga tempoh tersebut 31 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan atas pelbagai kesalahan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM3,400.

"Antaranya, tidak memakai apron sebanyak 15 kes, kebersihan diri (11), tidak mendapat suntikan (2), tiada latihan (2) dan menggaji pengendali tiada latihan dan suntikan anti tifoid (1)," ujarnya.

Tambah beliau, sebanyak 88 sampel makanan juga telah diambil bagi tujuan analisa tahap keselamatan makanan dan daripada keputusan analisis, sembilan sampel dari jumlah tersebut didapati telah melanggar standard yang ditetapkan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Komited Lahirkan Golongan Saintis Islam A. Latiff bermesra dengan sebahagian pelajar terpilih dalam Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017, di UMT, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu akan terus komited untuk melahirkan gol… Read More
  • SUK Diberi Taklimat Pembangunan Baru Marang Wan Nawawi serta rombongan bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang melaungkan slogan yang dibawa oleh beliau, 'Be Better, Work Together'. Foto oleh Zulkifli Putra. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi… Read More
  • Terengganu Terima Geran PKS Tertinggi Terengganu menerima Geran Peningkatan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) yang tertinggi di seluruh negara, iaitu berjumlah RM27.29 juta sehingga Disember 2016.Timbalan … Read More
  • Hayati Inti Pati Al-Quran- Ghazali Umat islam perlu memahami dan menghayati inti pati al-Quran dalam melahirkan kerukunan serta keharmonian antara satu sama lain dan sebagai petunjuk terunggul yang harus dijadikan panduan sepanjang masa.Pengerusi Jawatankua… Read More
  • Sedia Kaji Cadangan AP Khas Untuk Produk Berunsur Babi -Ahmad Maslan Cadangan mewujudkan permit import(AP)khusus untuk produk yang mempunyai unsur babi sebelum dibawa masuk ke Malaysia sedia dikaji oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kata Timbalan Menterinya, Datu… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:24 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan