Saturday, 3 June 2017


Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Terengganu disarankan agar bersama- sama penduduk setempat memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan dan  program islamiah di setiap surau dan masjid terutama sepanjang bulan Ramadan.

Isteri Menteri Besar, To' Puan Halina Zakaria, berkata antara program yang mudah untuk dilaksanakan, tadarus al-Quran, solat sunat dhuha berjemaah, bacaan yasin dan berselawat.

"Menerusi program seumpama itu pastinya dapat menarik lebih ramai masyarakat, terutama golongan belia untuk mengunjungi ke rumah Allah, "katanya.

Beliau berkata demikian  pada Program Agihan Bantuan Kepada Ibu Tunggal Kuala Nerus di Surau Muhajirin, Telaga Batin, Seberang Takir, semalam

Program anjuran Puteri UMNO Kuala Nerus itu dimulakan dengan solat sunat dhuha berjemaah, bacaan yasin dan berselawat.


Halina berkata, program itu akan diteruskan dengan mengagihkan barangan keperluan dapur dari rumah ke rumah.

"Penganjur program akan menumpukan penduduk yang kurang bernasib baik, antaranya ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan penduduk berpendapatan rendah ,"katanya. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan