Sunday, 18 June 2017
Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT) dengan kerjasama Pasaraya Xiri, Kuala Berang meraikan 50 anak yatim dari sekitar daerah sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Pengerusinya,Md Nasir Mat Ali berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban mereka bagi persiapan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jelasnya lagi,program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab mereka membantu golongan kurang bernasib baik dengan dibantu Pasaraya Xiri di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR)syarikat itu.
“Dalam program ini, setiap anak yatim menerima sumbangan bernilai RM100 seorang untuk membeli kelengkapan pakaian raya dan pelbagai aksesori lain bagi menyambut Aidilfitri.
"Sumbangan ini adalah untuk memberikan sinar kegembiraan kepada anak-anak yatim ini untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, sekurang-kurangnya mereka ini mempunyai sepasang baju Melayu dan baju kurung baharu pada raya nanti,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Program Raikan Syawal MBDHT Bersama Golongan Kurang Berkemampuan 2017 ,hari ini.
Turut hadir, Pengurus Xiri Kuala Berang, Christian Low.
Penerima sumbangan, Mohamad Aqif Zafran Ali,8, dari Kampung Payang Kayu berkata, dia yang kini tinggal bersama neneknya kali kedua menerima bantuan baju raya berasa gembira kerana mendapat baju baru untuk Aidilfitri kali ini.
"Sejak kehilangan ayah akibat kemalangan pada tahun 2015, ibulah yang bekerja keras malah terpaksa bekerja di Kuala Lumpur untuk membesarkan kami dan saya berharap pada tahun ini beban ibu berkurangan kerana tidak perlu membuat persiapan raya untuk kami adik beradik," katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Kartun Gila-Gila Jadi Tumpuan Kartun Majalah Gila-Gila yang terkenal ketika era 70-an menjadi tumpuan utama pengunjung ke Pameran Kartun dan Kita 2018 anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Dewan Mendalika, di Muzium Negeri Terengganu , Losong K… Read More
Sambutan Hari Raya UPDI Meriah Majlis Hari Raya Aidilfitri Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang diadakan di perkarangan pejabat UPDI hari ini meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang tetamu. Majlis yang bermula dari jam 11 pagi dan berakhir emp… Read More
Selenggara Flat Bijangga RM3.2 Juta Dijangka Siap Oktober Ini Alias bersalaman dengan kakitangan yang ditemui pada lawatan itu. Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM3.2 juta untuk proses penyelenggaraan perumahan Flat Bijangga, Sura dalam tempoh kurang setahun dan dija… Read More
Kerajaan Negeri Akan Selesaikan Projek Padang Setengga Kerajaan negeri akan memastikan Projek Perumahan Padang Setengga fasa tiga dan empat yang terbengkalai sejak 2010 diselesaikan secepat mungkin. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan A… Read More
MTD Bukit Ibam Hargai Bantuan PAS Dungun Perkhidmatan van jenazah yang disediakan oleh PAS Dungun. Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD… Read More