Tuesday, 20 June 2017


Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 tahun ini bagi membiayai bantuan pendahuluan nafkah kepada isteri dan anak-anak yang terlibat dengan kes tuntutan di Mahkamah Syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud berkata, peruntukan itu disalurkan Maidam kepada Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang dikendalikan oleh Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Terengganu.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Maidam atas komitmen dan kerjasama selama empat tahun berturut-turut iaitu sejak 2014 lagi terus menyediakan dan menyalurkan peruntukan wang zakat untuk tujuan ini.

“Diharapkan agar kerjasama di antara Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan Maidam ini akan terus terjalin dan peruntukan wang zakat ini akan terus disalurkan setiap tahun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 1/2017 Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Hotel Grand Puteri, hari ini.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.


Pada majlis itu, seramai 79 orang menerima bantuan pendahuluan nafkah anak yang melibatkan jumlah sebanyak RM139,850.00

Katanya, isu pengabaian nafkah walaupun nyata adalah tanggungjawab para bapa atau suami hakikatnya ia turut melibatkan aspek kewangan golongan ini.

“Jadi disinilah wujudnya peranan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan Maidam untuk membantu dari segi kewangan, dan menyalurkan bantuan kepada pemohon yang benar-benar layak,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Tiga Beradik Dapat Rumah Komuniti “Saya bersyukur selepas lebih 20 tahun kami tiga beradik tinggal bersama nenek, akhirnya diberikan sebuah rumah percuma untuk tinggal berasingan,” kata Norehan Mohd Nor, 24, dari Kampung Belakang Gudang, Jertih. Tig… Read More
  • E- Commerce, Pasaran Yang Menguntungkan Perdagangan elektrik atau lebih dikenali sebagai E- commerce (E-dagang) dilihat sebagai medium baharu untuk usahawan pada masa kini menjual barangan dan perkhidmatan, sama ada melalui internet atau melalui rangkaian media… Read More
  • Galeri Antartika Akan Dibangunkan Di PSKT Sultan Terengganu berkenan merasmikan program Malaysian International Seminar on Antarctica (MISA) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri bercadang membuka galeri Anta… Read More
  • 7,185 Unit Rumah Untuk Rakyat Sebanyak 7,185 unit rumah membabitkan 24 projek Rumah Mampu Mililk (RMM) serta Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Terengganu siap dibina dan pengagihannya dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut Dewan Undanga… Read More
  • Sidang DUN: Bantuan Kerajaan Meliputi Tabung Serangan Binatang Buas Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman. Komitmen kerajaan memberi bantuan dan peruntukan kepada rakyat yang kurang berkemampuan turut merangkumi Tabung Serangan Mangsa Binatang… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:58 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan