Thursday, 8 June 2017


Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) menasihatkan orang ramai terutama pelanggan Mahkamah Syariah supaya tidak mudah percaya dengan ejen palsu yang mendakwa mampu menyelesaikan pebagai urusan dalam tempoh singkat.

Ketua Hakim Syarie JKST, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah untuk menyelesaikan masalah pelanggan.  

“Sebaliknya sebarang urusan berkaitan rumahtangga termasuk cerai, nafkah anak, rujuk dan harta sepencarian  perlu merujuk di jabatan itu menerusi kaunter yang disediakan sebelum dipanjangkan kepada pegawai bertauliah.

“Saya ada menerima aduan secara lisan mengenai perkara ini daripada pihak berkuasa mahkamah yang dikatakan mengenakan bayaran tertentu jika mahu mendapatkan perkhidmatan ejen,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Terengganu, Sheikh Abdul Hamid Sheikh Abdul Hamid.

Menurut beliau, dalam kes sebegitu, difahamkan ejen terbabit mendakwa mampu memudahkan urusan  kerana mempunyai hubungan rapat dengan hakim.

“Saya tidak pasti berapa ramai yang terlibat  dengan kegiatan itu kerana belum ada aduan secara bertulis daripada pelanggan dan tiada sebarang tangkapan yang dibuat pihak berkuasa.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya meminta semua pegawai peka mengenai kegiatan itu, selain menampal kenyataan amaran di setiap sudut mahkamah,” katanya.

Wan Mohd Zakri turut memberitahu, IBR adalah satu inisiatif diperkenalkan SPRM yang memberi tumpuan kepada ikrar dan janji bagi menghindarkan gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.

“Adalah menjadi harapan kami agar jabatan lain mengambil langkah yang sama bagi menyatakan keseriusan mereka untuk memerangi rasuah,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pentadbir Tanah Disaran Semak Status Tanah Bukan Hak Milik Pihak pentadbir tanah diminta menyemak kembali mana-mana penduduk di Terengganu yang masih menumpang di atas tanah milik kerajaan atau berstatus bukan hak milik.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kera… Read More
  • TSG Terima Tajaan RM6.9 Juta Zainal menyerahkan sumbangan bernilai RM1.1 juta dari kerajaan negeri kepada Farhan bagi menguruskan pasukan tersebut sepanjang musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerima t… Read More
  • Kakitangan WDI Zahirkan Sokongan Untuk TSG Di LTdL Kakitangan Wisma Darul Iman (WDI) menyatakan sokongan penuh kepada  pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang akan mewakili negeri ini dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 ya… Read More
  • Pegawai Kerajaan Terikat Dengan SOP Dato' Wan Nawawi Wan Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menegaskan bahawa pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri  secara profesional se… Read More
  • Ukom Rintis Usaha Adakan Perhimpunan Media Lembah Kelang Pertemuan Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) dengan rakan media baru di Kuala Lumpur, kelmarin membuka jalan ke arah menghimpunkan pengamal media anak Terengganu di Lembah Kelang, tidak lama lagi. Pengarah Ukom, … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:48 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan