Tuesday 27 June 2017


Golongan ibu tunggal di negeri ini perlu berani untuk menceburi bidang keusahawanan dalam usaha mengubah nasib keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Roslee Daud berkata, banyak inisiatif dan bantuan disediakan kerajaan kepada golongan ini bagi melibatkan diri mereka dalam kegiatan ekonomi yang mampu memberikan pendapatan tambahan.

“Daripada memikirkan kisah lalu dan masalah rumahtangga yang boleh mendatangkan tekanan, lebih baik mereka ini mencari peluang untuk memajukan diri.

“Kerajaan negeri amat menggalakkan golongan ini untuk ceburi bidang keusahawanan dan sedia memberi bantuan dalam pelbagai bentuk samada modal atau bimbingan dan latihan,” ujarnya.

Menurut Roslee, banyak cabang perniagaan yang boleh diceburi golongan ibu tunggal dan mereka boleh menceburinya dengan menggunakan modal minimum termasuk bidang jahitan, perniagaan atas talian, masakan dan sebagainya. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan