Tuesday, 13 June 2017
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mengagihkan sebanyak 1,500 bungkus bubur lambuk sempena Program Jalinan Kasih Empower Hulu Terengganu kepada pengunjung bazar Ramadan, di Kuala Berang hari ini.
Penyediaan bubur tersebut dilakukan oleh 30 peserta latihan kemahiran dan
keusahawanan Empower Hulu Terengganu bersama penduduk setempat yang berkonsepkan budaya kerja sukarela malahan menanamkan semangat sukarelawan di kalangan mereka.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Jailani Johari berkata program tersebut dapat menjalinkan silaturahim antara peserta Empower ECER dengan penduduk setempat sempena bulan Ramadan ini.
"Program sebegini perlu diperbanyakkan kerana ianya dapat menunjukkan budaya kerja
cemerlang dalam pengurusan ECERDC di samping menanamkan semangat sukarelawan di kalangan mereka yang terlibat dan ianya perlu di contohi oleh agensi-agensi lain," katanya kepada Teganukita selepas selesai pengagihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya dan pengunjung bazar ramadan di Kuala Berang,hari ini.
Turut hadir, Pengurus Pejabat Negeri Terengganu ECERDC,Razlee Hassan.
Sementara itu,Razlee berkata salah satu tujuan program ini adalah untuk membantu dan menawarkan bubur lambuk secara percuma kepada masyarakat setempat, golongan miskin dan tua, masjid dan surau terdekat.
"Selain itu juga,peserta dapat menjalankan kerja-kerja ibadah dan Empower ECER dapat menjalinkan hubungan rapat antara masyarakat semasa bulan Ramadhan,"katanya. - teganukite.net
Related Posts:
3,000 Pemilik Motosikal Kuasa Tinggi Hangatkan Terengganu Bike Week 2018 Terengganu menjadi tuan rumah Terengganu Bike Week buat kali ketujuh, di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, bermula 30 Mac hingga 1 April ini.Program tahunan anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu de… Read More
Lebih 10,000 Pengunjung Berselawat Di Stadium Tertutup, Gong Badak Ahmad Razif bersama kepimpinan negeri berselawat pada program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin', foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Gong Badak, mala… Read More
Serikandi Lancar Buku Koleksi Kuih Tradisional Terengganu Halina menunjukkan buku koleksi makanan tradisi Terengganu, Selera Ganu Kite yang dilancarkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi Kali Ke-31 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail … Read More
Kursus Kulinari, Jahitan ECERDC Beri Manfaat Kepada Keluarga Peserta AKN Jebasingam bersama Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman beramah mesra dengan peserta di bawah ECERDC Kursus Kulinari dan Jahitan yang diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pa… Read More
500 Murid Di Kemaman Sertai Kempen Keselamatan Repsol Sebahagian murid Tahun Empat menyertai Kempen Keselamatan Repsol Seramai 500 murid sekitar Kemaman, semalam menyertai Kempen Keselamatan Untuk Murid-Murid Sekolah Rendah di bawah program khid… Read More