Ahmad Razif menyampaikan duit raya kepada anak yatim. Foto Zulkifli C W Putra
Kerajaan negeri menyalurkan sumbangan RM20,000 kepada dua persatuan anggota keselamatan negara di Terengganu sebagai menghargai dan mengenang jasa pihak itu yang banyak berkorban menjaga keselamatan negara.
Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis (PERKEP) masing-masing menerima peruntukan RM10,000.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia berharap pihak persatuan menggunakan dana yang disalurkan itu sebaik mungkin, terutama untuk menjaga kebajikan ahli.
“Apa yang disalurkan itu juga bagi menghargai mereka yang banyak berkorban menjaga menjaga keselamatan negara, selain sanggup meninggalkan keluarga dalam tempoh lama kerana tugas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota PGA, di PGA Kubang Badak, Kuala Nerus, petang semalam.
Hadir sama, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Pemerintah PGA 9, Superintenden Endut Mehad.
Pada Majlis itu, seramai 30 anak yatim Baitul Sakinah menerima sumbangan kuih raya dan duit raya.
Ahmad Razif turut memberitahu, majlis tahunan yang diadakan itu bukan saja bagi meraikan anggota dan pesara PGA malah bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.
“Kalau tidak kerana anggota-anggota PGA ini menjalankan tugas dengan baik, adalah mustahil Malaysia diisytihar menjadi negara yang ke-29 teraman di dunia.
“Saya turut menghargai isteri anggota PGA kerana bukan mudah untuk menjadi seorang isteri kepada anggota keselamatan kerana sering ditinggalkan suami untuk mempertahankan negara,”katanya. - teganukite.net
|
Tuesday, 20 June 2017
Related Posts:
Pemohon Skim Khas RTB Akan Ditawar Tanah Mulai Disember Ini Menteri Besar ketika berucap di depan pemimpin dan ketua jabatan sempena program turun padang ke Daerah Kuala Terengganu, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Rakyat yang… Read More
GPMS Terengganu Sokong Agenda Sosial Baharu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu menyokong penuh terhadap usul yang dibawa oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam artikelnya di Utusan Malaysia bertarikh 20 Oktober 2017 bertajuk Agenda… Read More
250 Warga JHEAT Dan Maidam Lafaz Ikrar Bebas Rasuah Seramai 250 warga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) hari ini menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) sekali gus menyatakan komitmen untuk memerangi rasua… Read More
J3K Perlu Baiki Segera Rumah Rosak Akibat Ribut Sabri meninjau kerja-kerja bantuan di sebuah rumah yang mengalami kerosakan di Sungai Derhaka sejurus kejadian ribut petang semalam. Foto oleh Hasmizi Hamid Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diminta ber… Read More
Bekas Guru Dirai Dalam Majlis Jasamu Dikenang A.Latif menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas pengarah pada Majlis Jasamu Dikenang. Foto oleh Zulkifli C W Putra. Seorang guru cemerlang tidak pernah mengenal erti berputus asa dan penat lelah dalam menabur bakti men… Read More