Wednesday, 14 June 2017
Golongan belia perlu terus bersama kerajaan dan jangan biarkan negara ini dijajah semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia Negeri, Ghazali Taib.
Jelas Ghazali lagi,golongan ini diminta merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat khususnya di negeri ini.
"Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk golongan muda dan jangan mempersiakan apa yang telah ada kerana peluang ini sukar didapati di negara lain.
"Ini kerana parti yang memakmurkan negara kita adalah Parti Barisan Nasional dan sebab itulah kita dapat banyak faedah daripadanya termasuk pelbagai peluang yang tidak harus dipersiakan demi masa depan yang terbaik,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penerangan Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Dan Berbuka Puasa Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT)di Kuala Berang,hari ini.
Hampir 120 orang golongan belia hadir di majlis tersebut yang merupakan program tahunan MBDHT sebagai penghargaan kepada mereka.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Negeri, Zaidi Muda dan Pegawai TTB Kuala Terengganu, Sofian Basri.
Sementara itu, Sofian berkata golongan belia merupakan antara tunjang kekuatan kepada pemerintahan negara.
"Oleh itu, saya menyeru kepada golongan belia berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.
"Kita perlukan sokongan mereka demi kelangsungan kerajaan sedia ada dan juga generasi akan datang demi memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang,"katanya lagi. - teganukite.net
Related Posts:
Promosi Terengganu Melalui Makanan Nasi Dagang Sejuk Beku yang dihasilkan oleh T-Kitchen. Foto oleh Zulkifli C W Putra. Kerajaan negeri yakin dapat mempromosikan Terengganu ke peringkat antarabangsa melalui produk makanan tradisional.Menteri Besar, Dato'… Read More
Dr Zaleha Wanita Pertama Dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Sultan Mizan berkenan menyampaikan pertauliahan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu kepada Dr Zaleha. Foto Harish Fadzillah Kassim Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dato’ Sri Dr Zaleha Kamarud… Read More
MSNT Sedia Tawar Jurulatih Sambilan Kepada Che Azrol Ibni bersama beberapa pegawai MSNT melawat Che Azrol yang mendapat rawatan di HSNZ. Foto oleh Zulkifli C W Putra Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersedia menawarkan jawatan sebagai jurulatih sambilan kepada be… Read More
PSUK Terengganu Jalin Kerjasama Dengan UniSZA Perkasa Modal Insan Pegawai Tadbir Negeri Satu kerjasama strategik khususnya dalam sektor pendidikan bagi memperkasa modal insan dalam kalangan pegawai tadbir negeri ini diwujudkan di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Terengganu dan Universiti S… Read More
Kontijen PMINT Juara Keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 Samiun (tengah) bersama wakil kontijen PMINT yang muncul juara keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 pada majlis penutup yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Fo… Read More