Monday, 3 April 2017


Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersedia berdepan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja.

Setiausaha UMNO negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof berkata, parti Barisan Nasional (BN) melakukan persiapan awal serta tiada masalah untuk meneruskan penguasaan dan mengekalkan kemenangan pada PRU tidak lama lagi.
“Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan BN merupakan antara negeri terdahulu yang membuat persediaan awal untuk menghadapi PRU-14. 

“Antaranya, termasuk mengadakan bengkel portfolio dan juga aktiviti seperti pertandingan Pusat Daerah Mengundi dan sebagainya untuk menggerakkan jentera parti,” ujarnya.


Beliau mewakili Menteri Besar berkata demikian ketika berucap di Majlis Temu Mesra Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Bersama Mantan Yang Berhormat, Mantan Calon BN Terengganu dan Mantan Senator Siri Ke-2 di Hotel Permai, semalam.

Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengarah 
Unit Komunikasi Negeri, Dato’ Muda Mamat, Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu, 
Dato’ Ahmad Sidi Ismail serta Pengerusi Veteran UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Wan Zakaria Abd Rahman.

Menurut Muhamad Pehimi, selain mengeratkan silaturahim, majlis temu mesra diadakan bertujuan mendapatkan maklum balas dan idea serta pengalaman bekas kepimpinan UMNO terdahulu untuk manfaat parti.

“Maklum balas hasil pertemuan lalu juga telah banyak yang diambil tindakan termasuk cadangan untuk memantapkan lagi barisan jentera parti,” ujarnya.

Katanya, bagi memantapkan lagi gerak kerja jentera parti, UMNO Terengganu akan melaksanakan simulasi pilihan raya pada 29 April ini sebagai persiapan dalam menghadapi PRU-14.

Sementara itu, Ahmad Sidi berkata, bagi memastikan PRU14 berpihak kepada parti BN dan UMNO, semua ahli perlulah bersama-sama berganding bahu menjaga parti.

Wan Zakaria pula berpendapat, jentera parti perlu komited melaksanakan setiap program yang dirancang serta menyusun barisan dan sentiasa bersama dengan kepimpinan masa kini. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Calon Otai Kuala Berang Kekal Tengku Putera Calon otai, Dato' Tengku Putera Tengku Awang kembali mewarnai persada politik negeri apabila diumumkan mempertahankan kerusi bagi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang bagi meng… Read More
  • PRU14: Ahmad Said Bakal Pertahan Kerusi Kijal Ahmad Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said turut diumumkan sebagai calon yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengumuman itu sek… Read More
  • PRU14 : BN Gempur Sura, Paka Berita oleh : Izzuan AhmadDua kerusi `panas' Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Paka mampu digempur dan bakal dirampas semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Ini dilihat kepada p… Read More
  • PRU14 : Abe Adi Pertahan Kota Putera Mahdi Khabar angin yang bertiup kencang terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang dikatakan tidak akan dicalon semula bagi mewakili Barisan Nasional (BN) terjawab apabila turut terc… Read More
  • PRU14 : BN Mampu Tawan Parlimen Dungun Din Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan mampu merampas kembali kerusi P039, Parlimen Dungun dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Calon bagi kerusi tersebut, Dato' Din Adam berkata, keper… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
9:05 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74665
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan