Sunday, 16 April 2017
Pasangan suami isteri Hamdan Ismail, 45, dan Kuliati Mudrikan, 39, dari Kampung Limbong, Paka bertuah apabila menerima kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kira-kira 2.50 petang tadi.
Dalam kunjungan itu, Perdana Menteri turut meninjau perkembangan pembinaan rumah baharu berharga RM40,000 untuk keluarga itu dibawah projek perumahan rakyat.
Pada program sentuhan rakyat bersama pemimpin tu, Hamdan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai buruh kontrak melahirkan rasa bersyukur kerana mereka akan mendiami rumah yang lebih selesa memandangkan rumah lama terlalu usang dengan pelbagai kerosakan.
"Kami berasa amat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan. Akhirnya, selepas 10 tahun tinggal di rumah yang agak uzur kini kami dapat memberikan sedikit keselesaan khususnya untuk anak-anak," ujarnya yang mempunyai tiga anak berusia antara 16 tahun hingga tujuh tahun.
Sementara itu, bagi Rohana Sulong, 57, yang kematian suami akibat strok empat tahun lalu, kedatangan pemimpin nombor satu negara itu ke kediamannya merupakan suatu saat yang tidak akan dilupakan.
Rohana yang menghidap kencing manis tinggal bersama tiga anaknya yang masing-masing telah berkeluarga dalam sebuah rumah di kampung itu.
"Makcik berasa sangat gembira dapat peluang berjumpa dengan Perdana Menteri .
"Alhamdulillah, sumbangan perabot ini amat besar ertinya buat kami semua," ujarnya.
Dua keluarga itu antara yang sempat dilawati Mohd Najib dalam rangka lawatannya ke daerah Dungun, hari ini. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Akan Baik Pulih Produk Pelancongan Kurang Berdaya Maju Kerajaan negeri akan membaik pulih segera produk pelancongan yang kurang berdaya maju bagi meningkatkan pulangan kepada ekonomi negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara produk yang akan dibaikpulih te… Read More
Kerajaan Negeri Mahu Lebih Ramai Terima Dana Raya Ahmad Samsuri mengagihkan juadah berbuka puasa. Foto Tg Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri membuat keputusan mengurangkan jumlah bantuan Dana Raya Aidilfitri 2018 kepada RM250 berikutan mahu lebih ramai rakyat Terengganu yan… Read More
Khairunisa Mahu Wujud Bengkel Jahitan Muslimat Di S- etiap DUN Persatuan Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Khairunisa’) berhasrat memperbanyakkan Bengkel Jahitan Muslimat ke seluruh Dewan Undangan Negeri DUN) bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita di Tereng… Read More
Kehadiran MB Meriahkan Tradisi Kelab WDI Masak Bubur Lambuk Program memasak bubur lambuk anjuran Kelab Wisma Darul Iman (WDI) bertambah meriah dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri yang turun padang menyertai aktiviti menyediakan 17 kawah hidangan itu, pagi ini.Menteri Besar,… Read More
Sultanah Terengganu Sampaikan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf Sultanan Nur Zahirah berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenaan berangkat bagi mengurniakan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tu… Read More