Saturday, 15 April 2017

Razif ketika meninjau tapak Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) di Kampung Santong, Paka Dungun, hari ini. Foto Oleh; Tg Mohd Syamim Tg Ismail

Persiapan sempena Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Kampung Santong, Paka, Dungun 16 April ini berjalan lancar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan bagi menyamput kedatangan pemimpin nombor satu negara ke daerah itu.

Katanya, ketika ini persediaan dan persiapan di peringkat akhir giat dijalankan oleh semua pihak termasuk SPNB, Majlis Perbandaran Dungun, Ketengah serta beberapa agensi lain untuk persiapan tapak dan sebagainya.


“Saya dapati persediaan sudah hendak capai seratus peratus dan berasa sangat berpuas hati dengan persediaan yang telah dibuat oleh semua pihak yang melakukannya dengan begitu bersungguh-sungguh.

“Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat,” ujarnya kepada pemberita ketika meninjau kerja-kerja di tapak Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) di Kampung Santong, Paka Dungun, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam.

Katanya, lebih 20,000  dijangkakan akan hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri.

Sebanyak 229 unit rumah akan dibangunkan oleh SPNB dengan 76 unit daripadanya adalah rumah berkembar dua tingkat, rumah teres dua tingkat (60), rumah mampu milik teres (70) dan rumah kedai dua tingkat (23). - teganukite.net

Related Posts:

  • RM86,600 Untuk Orang Muda DUN Batu Rakit Sebanyak RM86,600 diperuntukkan kerajaan negeri menerusi dana Transformasi Orang Muda (TOM) kepada 433 remaja di Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini. Majlis penyerahan baucer TOM disempurnakan Ahli De… Read More
  • 81 Penuntut UniSZA Berbakti Di Kampung Seri Kenangan Seramai 81 penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Khidmat Komuniti Dan Bakti Siswa di Kampung Seri Kenangan, Setiu selama dua hari, baru-baru ini. Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Z… Read More
  • 100 Murid DUN Permaisuri Jayakan Hari Buku Sedunia Seramai 100 murid dari lima sekolah di Setiu menjayakan program sempena Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam. Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Setiu, Mohd Azran Yusof berkata, l… Read More
  • Aktiviti Luar Kelas Perlu Dikurangkan Pengurusan sekolah di negeri ini disaran supaya menghadkan  aktiviti pelajar di luar bilik darjah berikutan keadaan cuaca panas melampau masa kini..Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata … Read More
  • 164 Terima APC PPD Setiu 2016 Seramai 164 menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Setiu (PPD) Setiu 2016 di Putera Jaya, Setiu, hari ini. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesi… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:45 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan